Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka menyifatkan DAP anti-Melayu dan Islam dan perjuangan parti pembangkang itu bermatlamat menjadikan Malaysia negara sekular sepenuhnya.
Selain itu beliau juga menegaskan, berbanding UMNO yang melakukan transformasi politik paling berani, demokratik dan tidak pernah dibuat sebelum ini dalam sejarah apabila meminda perlembagaan parti pada 2009, DAP pula sejak 50 tahun lalu dikuasai oleh penasihat dan dinasti anak-beranak.
“Jadi di mana demokrasi yang dimomok-momokkan? Ternyata sekadar pada nama saja. Hatta dalam pemilihan semula CEC DAP, hanya 54 peratus yang hadir. Ini tak masuk lagi cerita ‘parti Bunga Raya’ atau istilah dulu-dulu, kembang sepatu yang diterajui bekas pucuk pimpinan UMNO dan bekas negarawan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden hari ini.
Menurut Najib, parti Bunga Raya – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mendakwa berjuang untuk orang Melayu tetapi berpakat dan sedang dijadikan ‘perkakas’ DAP.
Sementara itu, beliau turut mengecam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang ternyata telah berbohong dan menipu

Loading...
apabila menuduh kerajaan Persekutuan tidak memberi bantuan semasa banjir di negeri itu.
Menurut Perdana Menteri, sewaktu banjir besar di negeri itu pada 5 November lalu, Guan Eng merayu sehingga hampir menangis ketika menelefon Timbalan Perdana Menteri memohon supaya selamatkan Pulau Pinang.
Walau bagaimanapun apabila beliau dan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi ke Pulau Pinang, Guan Eng mendakwa bantuan tidak diberikan.
“Inilah sekali lagi pembohongan dan penipuan. Inilah juga manifestasi perangai buruk DAP. Seperti mana disebut pepatah Melayu lama, dengan ikhlas ‘susu yang kita hulurkan, tuba pula jadi balasan,” katanya.
Dalam pada itu, Najib juga menggunakan perhimpunan kali ini untuk menjawab pantun Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dimuat naik dalam akaun Twitternya selepas Perdana Menteri melawatnya di hospital baru-baru ini.
“Saya berziarah ke hospital melawat beliau yang sedang sakit atas sifat kenalan lama. Saya hanya melawat, sebab itu saya bawa isteri bersama. Tapi keikhlasan kami itu, tampaknya diperli pantun pula,” katanya.
Sehubungan itu beliau membalas sindiran Anwar melalui serangkap pantun;
Burung merpati terbang sekawan,
Hinggap seekor di atas dahan,
Kita sahut ‘Lawan Tetap Lawan’,
Di pilihan raya bertarunglah seperti anak jantan.
Sementara itu mengenai kerjasama UMNO dengan Pas, Najib berkata, pendirian parti amat jelas iaitu hubungan kedua-dua parti adalah terasas, demi kepentingan ummah, sekalipun pandangan politik mereka berbeza.
Utusan