SHAH ALAM: PAS tidak layak untuk melontarkan sebarang pandangan berhubung cadangan untuk menamakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri pakatan pembangkang itu.
Setiausaha Agung Amanah Anuar Tahir berkata ini kerana parti berteras Islam itu tidak ada kena mengena lagi dalam pakatan pembangkang itu.
"Dia bukan dalam PH, dia di luar PH. Kita tidak pernah ambil tahu pun tentang pakatan sejahtera dia. Gagasan Sejahtera.
"Kita tidak pernah komen pun mengenai Gagasan. Jadi dia tidak perlu lah komen pasal PH. Tidak perlu sampuk lah," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini.
Anuar turut menyifatkan Datuk Mohd. Amar Nik

Loading...
Abdullah tiada 'standard' untuk memberikan sebarang kenyataan perihal bekas parti yang pernah disertainya itu.
Kelmarin, Naib Presiden PAS berkata PH sudah ketandusan pemimpin apabila mahu mengangkat pemimpin veteran berusia 92 tahun itu sebagai calon perdana menteri jika gagasan itu berjaya membentuk kerajaan pada pilihan raya kali ini.
Ujarnya, PH sepatutnya mencadangkan calon yang lebih berupaya bukannya bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sebagai calon untuk jawatan yang sama.
Beliau sekali lagi menegaskan bahawa zaman Dr Mahathir sudah lama berlalu meskipun mempunyai pengalaman dan kebijaksanaan tersendiri.
PH sebelum ini dikatakan mencadangkan Dr. Mahathir sebagai calon perdana menteri manakala Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalannya.
Difahamkan cadangan tersebut dibuat ketika pemimpin PH mengadakan pemukiman dua hari di Putrajaya pada Jumaat lalu dan kini didakwa sedang menunggu kelulusan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun cadangan itu dikatakan mendapat bantahan daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua yang enggan menerimanya sebagai keputusan muktamad.