KECOH… Desas-desus kedengaran dari kem PKR bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim ‘tolak’ hasrat blok itu menamakan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri yang kelapan.
Menurut portal AgendaDaily, isu itu timbul selepas 10 hari bekas negarawan mengeluarkan saranan itu tetapi Anwar mahupun PKR masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan cadangan pelik berkenaan.
Ironi, semua maklum malahan terkejut apabila idea Mahathir itu disokong oleh DAP dan PAN selain PPBM yang dicipta beliau sekali gus melakar rekod sejarah sebagai ketua kerajaan tertua di dunia jika pembangkang berjaya!.
Persoalan berkaitan turut menarik perhatian Presiden Salute Malaysia, Datuk Rizal Mansor apabila membangkitkan persoalan mengapa Anwar sendiri tidak memberikan apa-apa reaksi berhubung pengumuman lucu Mahathir itu.
Bahkan kata Rizal lagi, sikap sepi Anwar ini juga menandakan keretakan kecil makin parah dalam Pakatan Harapan yang belum sah didaftarkan Jabatan Pendafaran Pertubuhan menjelang Piihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti.
“Apakah Anwar sudah tahu rancangan Mahathir untuk lantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz sebagai perdana

Loading...
menteri selepas beliau mengisinya untuk setahun sahaja dengan Anwar pula akan dikira sudah begitu tua pada ketika itu.
“Apakah sikap menyepi Anwar itu juga menandakan keretakan yang semakin parah dalam Pakatan Harapan menjelang PRU ke-14, setelah semua orang tahu DAP tidak lagi menyokong Anwar sebagai perdana menteri.
“Sebaliknya tiga parti tersebut semakin cenderung kepada bekas musuh Anwar iaitu Mahathir sendiri untuk ganti Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Rizal dalam satu kenyataan yang dipetik AgendaDaily kelmarin.
Rizal juga mendakwa bahawa DAP dan PPBM sedang ‘bergasak’ dalam menamakan calon menteri di portfolio utama Kabinet antaranya Kementerian Kewangan serta Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
“Itu belum termasuk isu ‘perebutan’ yang bakal berlaku dalam jawatan ketua menteri Pulau Pinang jika Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dimasukkan ke dalam penjara sekali lagi ekoran skandal banglo murahnya tahun depan.
“Khabarnya DAP hendak pertahan jawatan tersebut namun PKR sudah kemaruk mahu menduduki kerusi tersebut jika Pakatan Harapan berjaya mempertahankan Pulau Pinang pada PRU akan datang,” kata Rizal lagi.
Baru-baru ini Pakatan Harapan telah menamakan Mahathir, 92, sebagai pilihan calon perdana menteri dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula timbalan perdana menteri konon untuk tempoh sementara sahaja.
Sebelum ini pemimpin pembangkang bersepakat melantik Anwar sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan berjaya menguasai Malaysia daripada Barisan Nasional diterajui UMNO. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA