Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Macau Scam: Addy Kanna, Alvin Goh Ditahan Dua Tahun Di PPK - Bukit Aman (1 Video)

Loading...
                  

Addy Kanna, Alvin Goh ditahan dua tahun di PPK - Bukit Aman

BERNAMA
01/12/2020 

KUALA LUMPUR, 1 Dis  -- Suspek utama sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian, Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh serta dua anggota polis dikenakan perintah tahanan selama dua tahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata kesemua mereka akan ditempatkan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam, Johor; PPK Pokok Sena di Kedah dan PPK Bentong, Pahang.

“Perintah berkenaan dikeluarkan pada 25 dan 26 Nov sebelum kesemua mereka dihadapkan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah dan Keganasan (Kementerian Dalam Negeri) untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, polis turut menahan seorang suspek lelaki warga China dikenali sebagai Chen De Wei, 31, dipercayai mengetuai sindiket Macau Scam di negara ini dalam operasi khas di Mont Kiara di sini, pada 15 hingga 20 Okt lepas,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.


CID chief: Money laundering suspects also involved in forex investment fraud, online gambling
Loading...
Back To Top