Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mahathir tolak pelawaan bentuk kerajaan bersama Umno, PAS

Perdana Menteri, Dr Mahathir
Loading...
Mohamad menolak pelawaan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan untuk membentuk kerajaan baru bersama Umno dan PAS.

Beliau berkata, sebagai negara berbilang kaum kerajaan yang dibentuk harus merangkumi masyarakat majmuk dan tidak hanya terdiri daripada kaum tertentu semata-mata.

"Kita tidak minat untuk membuat kerajaan baru. Kita sedar negara kita adalah negara berbilang kaum dan pihak kerajaan daripada kita merdeka sehingga sekarang mempunyai ahli yang terdiri daripada semua kaum.

"Itu sesuatu hakikat yang kita tidak boleh tolak bahawa negara kita adalah negara berbilang kaum dan semua kaum mempunyai hak dalam negara kita," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Loading...
Back To Top