Oleh Mohd Sayuti Omar
Mohamad Hassan mencadang dan mengajak Dr Mahathir menubuhkan kerajaan dengan gabungan parti BN, Pam dan parti-parti di Sabah dan Sarawak. Mendengar cadangan itu ia sangat idealis sekali, mudah bunyinya tetapi bukan senang untuk dilaksanakan.
Kata Mat Hassan gabungan untuk tubuh kerajaan baru itu boleh dilakukan kalau Dr Mahathir ikhlas dalam usaha untuk memulihkan orang Melayu dan Islam.

Dua perkara yang perlu Mat Hassan halusi sebelum melontarkan cadangan itu;.apakah cukup bilangan kerusi untuk menubuh kerajan gabungan BN, Pam dan lain-lain? Ini persoalannya. Saya kira Timbalan Presiden Umno itu tidak memahami hakikat dan angka yang ada dalam partinya sendiri.
Atau pun Mat Hassan membuat cadangan itu tanpa

Loading...
menyuluh masalah Umno untuk memberi gambaran yang Umno kuat dan masih mempunyai kerusi lebih 40 kerusi. Apakah dia tidak tahu yang Umno kini sudah berpecah kepada tiga kabilah; kabilah presiden, kabilan timbalan presiden dan kabilan bekas presiden.
Dengan pecahan itu jika ikut nisbah 30: 30: 30: Umno kini mempunyai tidak lebih 25 kerusi sahaja yang boleh bersetuju dengan Mat Hassan itu. Beliau sendiri tidak dapat menyumbang kerana beliau seorang Adun bukan MP.
Lebihan daripada yang 25 kerusi itu, berpihak kepada presiden Zahid Hamidi yang mempunyai pandangan lain. Begitu juga yang berpihak kepada bekas presiden, Najib Razak. Dalam konteks ini penyokong bekas presiden boleh bergabung dengan puak presiden kerana mereka sebau dan semerak.
Jadi cadangan Mat Hassan itu cadangan Mat Jenin atau Abu Nawas semata-mata.
Kedua, kalau gabung itu berlaku siapakah Perdana Menteri. Apakah ia hendak diserahkan kepada Dr Mahathir juga. Abdul Hadi Awang, beliau katanya tidak nak jadi PM dan cukup sekadar penasihat sahaja kerana untuk mengelakkan diserang oleh Yahudi.
Atau pun Mat Hassan ada calon lain, Annuar Musa? Annuar berbeza dengan Hadi, kalau dia ditanya apakah nak jadi PM, tentu dia jawab nak, tetapi masalahnya kedudukan dia itu jauh panggang dari api... atau jauh galah dari buah.
Yang mungkin boleh diangkat PM hanya Azmin Ali sahaja. Azmin boleh jadi wakil kepada Dr Mahathir. Namun dia juga ada masalah kerana kes video lucah Haziq. Jadi cadangan dan ajakan Mat Hassan itu menghabiskan boreh sahaja. Trims.