Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PRK Cameron Highlands: Masih lagi pemimpin Melayu PH berdiam diri dengan 'kera mendapat bunga'?

Oleh Arif Atan

Mengekalkan Waythamoorthy  sebagai Menteri Perpaduan (Tamil); telatah Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching (DAP) mengatasi Menteri dan menjadi 'Timbalan Menteri Pendidikan Cina' bukan Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia;

Rusuhan kuil dua malam berturut-turut yang akhirnya mengorbankan anggota bomba Adib dengan kini tiada lagi pembunuh dikenakan tindakan; Kulasegaran (DAP) di depan kaumnya menyebut, “…mereka adalah pendatang, bukan kita pendatang. Kita dan mereka (Melayu) adalah sama,;
Menteri Kewangan Lim Guan Eng (DAP) boleh selamba salur peruntukan kerajaan kepada kolej universiti Cina selain banyak dana awam kepada sekolah persendirian Cina yang tidak membantu perpaduan nasional;

Keputusan PH sendiri meletakkan sekali lagi seorang India bernama Manogaran (DAP) yang kemudiannya mengguris hati Melayu dan Orang Asli dengan isu kuih
Loading...
Melayu Orang Asli sehingga cuai pakai baju logo PH;

Ucapan Lim Guan Eng sendiri pada ceramah sepentas dengan Tun Dr Mahathir sehari sebelum hari mengundi di depan Orang Asli dan Melayu di Sungai Koyan yang konsisten menyebut 'Melayu, Cina, India, Orang Asli...' bukannya 'Melayu, Orang Asli dan lain-lain';

Juga pada masa pengundi terdiri daripada masyarakat berpendapatan rendah tidak nampak lagi pelan ekonomi dalam meringankan beban kos sara hidup mereka.

Segala rentetan di atas selain Cameron Highlands itu sendiri kubu tradisi BN, sepatutnya menyedarkan pemimpin PH bahawa rasisme bukan milik orang Melayu sahaja.

Sebabnya, kalau pemimpin Melayu cakap jangan rasis lazimnya fokus kepada orang Melayu; pemimpin bukan Melayu DAP pun kalau peringatkan jangan rasis tuju kepada orang Melayu. Ada kita dengar pesan jangan rasis juga dituju kepada masyarakat bukan Melayu? Ada?

Pemimpin PH semua kaum mesti kembali kepada penekanan negara bangsa dengan mengukuhkan perpaduan nasional dengan hal besar paling kritikal usaha menuju kepada Sekolah Kebangsaan sebagai sekolah satu aliran untuk semua anak Malaysia bukannya memberi keistimewaan kepada sekolah aliran kaum yang merencat integrasi sosial.

Pemimpin Melayu PH terutamanya mesti menjaga sensitiviti orang Melayu dalam sebarang keputusan kerajaan di Putrajaya juga mesti memperlihatkan ketegasan kepada mana-mana pemimpin dan individu bukan Melayu yang keterlaluan.

Senang kata, tepuklah sikit belakang DAP itu, atau takkanlah tiada kumpulan WhatsApp peringatkan "jangan itu, mari kita buat begini, baru adil".
Loading...
Back To Top