Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PH jangan anggap dirinya Arab, Umno-Pas sebagai kura-kura

Oleh Mohd Sayuti Omar

 KEMENANGAN calon langsung BN Ramli Md Nor dalam Pirake Cameron Highlands sudah tentu disambut penuh kegembiraan, bakaran kemenyan dan dupa bukan sahaja oleh Umno, tetapi Pas juga. Pas berhak untuk tumpang seronok dengan kejayaan BN itu kerana kemenangan itu di atas sokongan dan suyfaatnya. Kemenangan itu adalah kemenangan bersama.

Bahkan, Paslah paling gembira dengan kemenangan itu. Bagi Pas kemenangan itu boleh melepaskan rasa geram dan marahnya kepada PH yang membentuk kerajaan sekarang ini. Kemenangan itu bagi Pas boleh dijadikan batu lastik untuk melastik kepala orang-orang Parti Amanah Negara (Amanah) kerana mereka adalah bekas kawan dan sahabat mereka yang dianggap khianat kerana bersekongkol dengan DAP.

Sudah tentu Pas akan melakukan sesuatu lebih bermakna selepas ini. Perkara ini sudah pun dibayangkan oleh presidennya, Abdul Hadi Awang yang bersabda, apa-apa yang baik dicapai dalam pilihan raya itu akan diteruskan. Kesan kepada pilihan raya itu nanti katakanya akan diguna pakai untuk merancang masa depan bersama.  Berdasarkan kenyataan itu sudah tentu Pas akan merapatkan lagi hubungan kerjasama.

Kerana pilihan raya itu membawa kesan positif, Pas tidak perlu menunggu lebih lama lagi masa untuk menggarapkan kerjasama menyeluruh dengan BN termasuk menyediakan terma-terma politik untuk masa akan datang. Pilihan raya itu juga sebagai testimoni buat orang-orang Pas apakah mereka sedia patuh atau tidak kepada arahan pucuk pimpinan parti. Apabila BN menang besar, ia menjelaskan ahli bawahan Pas patuh, saamit naa, waata' naa, dengan apa yang disuarakan oleh pemimpinnya.

Jadi keraguan dan kebimbangan ahli bawahan akan protes dengan arahan-arahan baharu pemimpin waima ia kontradik dengan pengan sebelum ini tidak timbul lagi.

Lagi pun dalam politik demokrasi ciptaan Barat ini, tidak ada strategi yang kekal dan fasis. Politik itu sendiri bersifat dinamik. Dengan apa yang berlaku tampaknya ahli Pas baik atasan dan bawahan dapat menerima politik matlamat menghalalkan cara, atau Machiavelli.

Mengambil kira semangat kerjasama di Pirake itu, seandainya, kalau dalam Piraum lalu kerjasama mantap di antara keduanya mungkin BN masih berkuasa dan Najib Razak masih lagi jadi PM. Tetapi sayang Pas lambat membaca politik atau terlalu berhati-hati sehingga tertinggal perahu.

Mengenai pilihan raya kecil itu, berbagai ulasan dan kesimpulan yang dibuat oleh semua orang. Ada yang tuntas ada sebaliknya. Ada yang logik, rasional ada yang siniskal dan bersifat humours. Semuanya boleh diambil kira untuk dirumuskan mengikut persepsi sendiri.

Di sini saya tidak perlu untuk menghuraikan panjang lagi, memberi ulasan kerana sudah banyak ulasan berbagai-bagai. Lagi pun sedikit sebanyak apa dibayangkan dalam status sebelum mengundi itu sudah dibayangkan apa yang berlaku.

Awal-awal lagi dengan memerhati beberapa petunjuk 72 jam sebelum mengundi, Pirake itu berpihak kepada BN. Terbesar ialah apabila PH gagal untuk menguasai undi Melayu dan memecah benteng pertahanan BN di Dun Jelai. Semasa kunjungan Dr Mahathir Mohamad ke Sungai Koyan, 24 jam sebelum mengundi untuk bertemu mata dengan Orang Asli, tidak sampai 10 orang pun berwajah mirip peneroka Felda Sungai Koyan menjenguk ke majlis itu?

Di situlah tanda awal kekalahan PH sudah kelihatan dengan jelas.

Cuma apa yang tidak terfikir, semasa membuat telahan bahawa PH tidak mudah untuk menang, ialah majoriti dicapai BN. Ia tidak terfikir begitu besar sampai 3,238. Majoriti itu adalah besar apa lagi berbanding pencapaian dalam Piraum lalu hanya 597. Majoriti yang dikira munasabah  ialah dibawah 1,000. Tetapi apabila ia melepasi 3,000 lebih ia adalah besar dan mengejutkan.

Dalam pilihan raya semalam calon BN, Ramli Md Nor mendapat 12,038 manakala calon PH Monagaran 8,800 dan dua calon bebas, Salahuddin Ab Talib 314 dan Wong Seng Yee 276.

Bagaimana pun dari segi matematik politik pencapaian itu tidak boleh dibanggakan sangat oleh BN apa lagi untuk meletakkan parti itu sudah pulih dan mendapat keyakinan rakyat kembali. Ini kerana ia adalah kombinasi bersama Pas. Ia bukan
Loading...
pencapaian BN secara peribadi. Jika BN meraih undi tanpa Pas baru ia boleh dianggap kejayaan dan berlaku pemulihan sokongan.

Sekiranya Pas ikut sama bertanding, kemungkin lain jadi corak pilihan raya itu. Kemungkinan status quo. Paling tidak kalau BN menang pun dengan majoriti sama dengan diperolehi dalam Piraum lalu sekitar 500 undi.

Dalam pilihan raya itu calon BN mengutip sebanyak 12,038 undi. Sekiranya jumlah undi dalam pilihan raya semalam, ditolak dengan undi Pas sebanyak 3,587 ini bermakna undi BN sekitar 8,450 Ini menunjukkan status quo dan ia mengharuskan untuk PH memenangi pilihan raya itu.

Elemen yang penting diambil kita dalam sesuatu pilihan raya ialah angka. Walaupun PH kalah tetapi tidak banyak undinya merosot. Berbanding dengan pilihan raya lalu PH mengalami kekurangan sebanyak 910 undi sahaja.

Sementara penambahan kepada BN pula sebanyak 1,731 undi. BN tidak boleh mendabik dada menunjukkan kekuatanya kerana ia adalah kombinasi dengan Pas. Kemerosotan undi PH itu juga sedikit sebanyak disumbangkan kepada pengurangan jumlah peratus keluar mengundi, sebanyak 68.79% keluar mengundi berbanding dengan peratus dalam pilihan raya lalu 78.49%, bermakna ia berkurangan sebanyak 9.7%.

Apapun kalau kita menerima BN dan Pas sudah sah bersama, pencapaian itu membanggakan dan memberi petanda buruk kepada PH di masa akan datang. Dengan mengambil kira pola pengundian di kawasan seperti Cameron Highlands itu - luar bandar dan pendalaman, ia memberi keselesaan kepada BN.

Justeru pencapaian pilihan raya itu tidak boleh dijadikan bayangan kepada suasana politik di seluruh negara. BN tidak boleh jadikan asas di Cameron Highlands itu untuk meletakkan suasana baharu politik negara terkini. Kerana kita tahun Cameron Highlands, terutamanya Dun Jelai adalah kubu Umno dan semasa berlangsung pilihan raya kecil itu ia diwakil oleh Menteri Besar Pahang. Status wakil rakyatnya sebagai MB memberi signifikan besar dan memberi kelebihan tersendiri kepada parti diwakilinya.

Pencapaian BN itu boleh diperkiranya, ia adalah gambaran terkini bahawa sokongan orang Melayu kampung masih kepada BN dan Umno. Mereka tidak mempedulikan kehadiran PH sebagai kerajaan. Bagaimana pun di kawasan pinggir bandar dan luar bandar pola dan pegangan politik masyarakatnya berbeza.

Ertinya BN tidak boleh menjadikan tanda aras hakiki dengan pencapaian di Pirake Cameron Highlands itu.

Di pihak PH pula kekalahan itu perlu diambil beberapa iktibar yang serius. Bukan bermakna apabila calon anda sudah menjadi calon parti kerajaan anda perlu selesa dan tidak perlu bekerja kuat. Saya nampak dalam Pirake itu jentera PH tidak sekuat jentera PH sesama pilihan raya umum lalu ataupun tidak sekuat dan semantap Pirake Port Dickson dahulu. Persepakatan di antara empat buah parti tidak menyerlah. Masih ada yang membawa nafsu nafsi sendiri.

Misalnya semasa di Sungai Koyan saya tercari-cari di mana pos atau rumah yang digerakkan oleh PKR, Bersatu dan DAP. Yang ada hanya rumah yang digerakkan oleh Amanah. Ketiadaan rumah-rumah parti komponen ini menjadi jentera PH menunjukkan tidak ada persepakatan. Apakah keadaan ini berlaku kerana PKR, Amanah dan Bersatu tidak menonjolkan disebabkan tidak senang dengan calon PH? Kalau benar begitu bermakna persepakatan dalam PH masih belum padu dan mendarah daging serta masih mengheret sentimen kaum dan agama masing-masing?

Seperkara lagi yang perlu diingat, PH tidak mempunyai apa-apa kelebihan sebagai parti kerajaan. Ini berlaku kerana kerajaan sekarang ini obses kepada konsep role of law kononnya untuk menjaga integriti kerjajaan. Kerana obses kepada hal ini ada kalanya menampakkan PH kini semacam "tongol".

Bayangkan Dr Mahathir selaku perdana menteri untuk turun ke Sungai Koyan terpaksa menyewa helikopter swasta bagi mengelakkan daripada dikatakan menggunakan jentera atau kemudahan kerajaan. Jadi PH sebagai parti memerintah tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

Penjagaan integriti seperti ini atau menghormati role of lww sampai ke takah ini bagi saya tidak praktikal dan menunjukkan kerajaan PH kini lurus bendul bukan luruh sodep.

Kegagalan PH menawan kerusi Cameron Highlands itu perlu dijadikan contoh dan teladan. Ia tidak boleh pasrah begitu sahaja dengan menganggap, kerusi itu memang kepunyaan BN, atau pun senario sebegitu sememangnya berlaku di kawasan luar bandar. Politik Pak Anih tidak boleh diamalkan. Ada beberapa perkara yang perlu dilihat serta diperbaiki oleh PH, seandaianya ia mahu jadi parti yang akan menjadikan kerajaan hanya sepanggal.

Sekiranya PH berpuas hati dengan keadaan yang ada, tidak mustahil BN - Umno dan Pas akan akan terus bergerak mengambil semangat daripada kemenangan itu untuk mengejar PH dari belakang. Dalam hal ini PH jangan menganggap Umno dan Pas sebagai kura-kura demam yang cuba mengejarnya yang menganggap dirinya Arab putih yang lincah. Nyanya nanti.
Loading...
Back To Top