Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Keputusan PRK Cameron Highlands tiada luar biasa

Oleh Arif Atan

Penganalisis politik, Dr Mazlan Ali berpendapat kemenangan calon BN, Ramli Mohd. Nor dengan majoriti 3,238 undi bukanlah satu keputusan di luar jangkaan.

Menurutnya, kekalahan calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran dengan hanya sekadar mendapat 8,800 undi disebabkan tidak mendapat sokongan masyarakat Melayu, Orang Asli serta penyokong Pas.

“BN menang sebab sokongan padu
Loading...
Melayu/Orang Asli/Pas. Keputusan PRK ini tiada elemen luar biasa, cuma berlaku momentum sokong Melayu apabila Umno-Pas berkahwin (gantung),” ujarnya.
Beliau berkata, kemenangan BN berkaitan dengan sumbangan Pas yang dikerah untuk berbuat demikian.

“Calon BN hanya menambah 1,731 undi sedangkan undi Pas sebanyak 3,587 dikerah mengundi BN dalam PRK kali ini.

“Calon PH pula hanya hilang 910 undi sedangkan hampir semua PDM kubu DAP jumlah keluar mengundi kurang 50 peratus,” ujarnya.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, PH hilang undi disebabkan pengundi-pengundinya hampir separuh tidak pulang mengundi.

“Nampaknya, pengundi Cina mengambil keputusan tidak pulang mengundi kerana sudah mengatur cuti Tahun Baru Cina tahun ini.
Loading...
Back To Top