Penyerahan tugas itu dibuat ekoran berlakunya perkembangan politik semasa yang memerlukan Ahmad Zahid bercuti daripada memegang jawatan Presiden. Dengan mandat yang diberikan itu, Mohamad atau lebih mesra dipanggil Tok Mat perlu segera melakukan sesuatu untuk memulih dan seterusnya mengukuhkan semula UMNO yang kini dilihat begitu lemah. 

Memang, senario ini amat pahit untuk ditelan terutama isu lompat parti yang setakat ini telah membabitkan 17 Ahli Parlimen UMNO termasuk mereka sebelum ini memegang jawatan Menteri dan Timbalan Menteri. Ada di antara mereka yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan ada juga yang menjadi ahli Parlimen Bebas. 

Hendak disesal pun tiada gunanya kerana masing-masing ada sebab. Sungguhpun begitu terdapat juga ahli parti yang menganggap mereka ini pengkhianat walau 1,001 alasan diberikan. Jika ada tuduhan sedemikian, ahli-ahli Parlimen terlibat tidak boleh marah kerana kemenangan mereka dahulu adalah atas watikah perakuan calon Barisan Nasional (BN). 

Berbalik kepada pelantikan Tok Mat sebagai Timbalan Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, banyak pihak yakin beliau ada strategi untuk memulih dan mengukuhkan semula UMNO. Ini berdasarkan kepada karakter Tok Mat sebagai seorang ahli politik serta pengalamannya yang cukup luas dalam bidang korporat.

Tidak dinafikan di awal penglibatannya dalam bidang politik, Tok Mat tidaklah hebat seperti ahli-ahli politik yang lain tetapi pengalamannya sebagai Menteri Besar , Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri termasuk Ahli Majlis Tertinggi (MT) telah