Dua hari selepas Musa mengangkat sumpah, enam orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN umum keluar parti. Mereka menyertai Warisan dan bekerjasama dengan DAP serta PKR untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal kemudian dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah menggantikan Musa. Di situlah bermulanya aktiviti melompat parti oleh wakil rakyat selepas PRU-14 dan berterusan sehingga kini.

Fenomena ini tidak boleh dikawal kerana tiada undang-undang bagi mencegahnya. Sememangnya wujud risiko lompat parti apabila tidak ada parti yang memiliki majoriti besar di DUN atau Parlimen.

Di DUN Perak, BN (27), Pas (3) dan Pakatan Harapan (PH) 29.  DUN Negeri Sembilan, BN (16) dan PH (20). DUN Kedah, BN (3), Pas (15) dan PH (18). DUN Melaka, BN (13) dan PH (15). Kerajaan negeri yang disebutkan itu boleh tumbang bila-bila masa jika ada wakil rakyat melompat parti.

Kini isunya terhadap wakil rakyat UMNO yang keluar parti dan menyertai Bersatu. Keadaan ini jika berterusan, banyak kesannya kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH). Jadi, wakil rakyat