Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hubungan PAS-PKR…Majlis Syura mesyuarat esok,Khamis

Keputusan yang semua orang tunggu hendak tahu mengenai kedudukan hubungan kerjasama politik antara PAS dan PKR dijangka akan ditentukan esok,Khamis.

Majlis Syura PAS,yakni badan tertinggi parti itu akan
Loading...
adakan mesyuarat di Kuala Lumpur.

Menteri Besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Ahmad Yakob memberitahu wartawan selepas satu majlis dekar Kota Bharu Rabu,beliau akan turut hadir pada mesyuarat berkenaan.

Mesyuarat dijangka membuat penentuan mengenai usul yang diluluskan pada Muktamar PAS di Kota Sarang Semut dekat Alor Star untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

"Mesyuarat akan diadakan esok, kita akan bincang dahulu sebelum buat sebarang keputusan," kata Ahmad Yakob.

Dalam sistem PAS semua keputusan besar melibatkan parti harus dimuktamadkan oleh Majlis Syura.
Loading...
Back To Top