Enam kerusi masih 'sangkut' dalam proses rundingan agih kerusi DUN di Selangor, kata Pengarah Jawatankuasa Pilihan Raya PH Selangor, Dr. Xavier Jayakumar.
Ujarnya keempat-empat parti komponen PH Selangor yakin boleh menang di enam kerusi tersebut justeru masing-masing enggan mengalah dan mahu bertanding di situ.
"Enam kerusi ini diminta oleh semua parti. Enam kerusi lebih baik daripada sangkut 20 kerusi, jadi enam kerusi sahaja dan ini lebih senang untuk kita selesaikan.
"Semua parti kata dia boleh menang, jadi kita kena rundinglah, sebab itu kita kata kena adakan rundingan," katanya kepada media selepas menghadiri perasmian manifesto PH di Pusat Konvesnyen Ideal (IDCC) di Shah Alam, malam tadi.
Enam kerusi itu dipercayai DUN Sungai Burong, Sungai Panjang,

Loading...
Seri Serdang, Lembah Jaya, Dusun Tua dan Kota Damansara.
Lima daripada enam kerusi tersebut dimenangi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sementara satu lagi kerusi Kota Damansara) dimenangi Parti Sosialis Malaysia (PSM) atas bendera PKR.
Sebuah portal semalam melaporkan sumber PH memberitahu PKR dan PPBM menuntut untuk bertanding di semua enam kerusi itu.
Amanah menuntut lima daripadanya sementara DAP pula mahukan dua.
Pertindihan tuntutan itu menyebabkan agihan kerusi di negeri itu belum dapat dimuktamadkan meskipun sudah lebih sebulan daripada tarikh akhir yang sepatutnya iaitu pada 7 Februari.
Difahamkan PH Selangor akan bermesyuarat untuk kali terakhir pada Selasa depan, sebelum menyerahkan proses agih kerusi kepada PH Pusat, jika ia masih gagal mencapai kata sepakat di peringkat negeri.
Ditanya perihal itu, Xavier yang juga Naib Presiden PKR percaya agihan kerusi di Selangor dapat dalam pertengahan bulan ini.
"(Agihan kerusi) 90% sudah selesai, tinggal enam kerusi sahaja yang belum.
"(Rundingan selesai) sebelum pembubaran Parlimen. Dah tak lama, pembubaran Parlimen 23 Mac ini," ujarnya bersahaja.
Media sebelum ini melaporkan rundingan agihan kerusi pakatan pembangkang berhadapan jalan sukar di beberapa negeri terutama di Selangor.
Rundingan agihan kerusi PH di Selangor sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 7 Februari berikutan pertikaian antara keempat-empat parti komponennya.