Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Ezam Mohd Nor dijangka cabar Najib Razak pada PRU14...Tiada Masalah Dipersilakan Saja?

Loading...
SHAH ALAM: Ahli politik, Ezam Mohd Nor dilaporkan bakal bertanding di peringkat Parlimen pada pilihan raya umum (PRU) ke-14.

Beliau dikatakan bakal bertanding mewakili Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dipengerusikannya, Hisbah Centre for Reform (Hisbah).

Perkara itu disahkan timbalannya, Syed Nazarudin Syed Aziz seperti yang dilaporkan portal The Malaysian Insight.

"Lembaga telah meminta Ezam menamatkan khidmat beliau di Hisbah Cabang Jakarta dan tugas pengajian di beberapa universiti di Yogyakarta dan Surakarta serta merta dan kembali menumpukan usaha sepenuhnya di Malaysia mulai Januari 2018," katanya.

Syed Nazarudin berkata Ezam akan menumpukan isu rasuah dan salah guna kuasa dalam kempennya dan akan membawa isu rasuah dari sudut Islam di Dewan Rakyat jika menang, selaras dengan bidang tumpuan Hisbah.

Ezam yang keluar PKR pada 2007 kembali kepada Umno setahun kemudian, namun keluar pada 2016 berikutan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau kemudian menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada Oktober 2016 namun keluar dua bulan kemudian atas sebab mahu menumpukan perhatian kepada Hisbah.

Pada Mac lalu, beliau mengumumkan penubuhan 'Parti Bebas Rasuah' - usaha penjenamaan semula Parti Generasi Baru - dan akan berdepan dengan Datuk Seri Najib Razak di mana sahaja perdana menteri itu bertanding.

Namun beliau meninggalkan parti itu beberapa bulan kemudian atas sebab kelewatan Jabatan Pendaftaran Negara (ROS) meluluskan penukaran nama Parti Generasi Baru kepada Parti Bebas Rasuah.

Dalam pada itu, Syed Nazarudin tidak menolak Ezam akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan yang dipegang Najib.

"Ia diwakili anggota parlimen yang mengetuai kerajaan yang membenarkan dan mempraktikkan al-ghulul (salah guna jawatan) dalam skala kecurian terbesar di dunia.

"Namun Hisbah mengambil maklum unsur penipuan ketara dalam pola pengundi di Parlimen Pekan di mana peningkatan pengundi mendadak lebih seratus peratus daripada kurang 40,000 pengundi kepada lebih 80,000 pengundi,” katanya.
Loading...
Back To Top