Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hina Speaker: MP DAP cemar imej Parlimen...Tunjuk Besar Kepala Belum Memerintah Malaysia Lagi Tu

Tindakan tiga Ahli Parlimen DAP menggesa Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia meletakkan jawatan menunjukkan pembangkang terdesak dan mencemar nama Dewan yang mulia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen DAP yang kononnya Pandikar ‘sekutu untuk menutup skandal rasuah’ adalah satu dakwaan jahat.

Jelas beliau, peranan Speaker telah termaktub di dalam Perkara 57 Fasal 1 Perlembagaan Persekutuan, manakala, Peraturan Mesyuarat 99 Dewan Rakyat, menyebut “Keputusan Tuan Yang
Loading...
di-Pertua berkenaan dengan sebarang perkara tafsir dalam mana-mana jua Peraturan Mesyuarat ini atau berkenaan dengan kelaziman adalah muktamad kecuali jika ada untuk sul bersendiri menentang keputusan itu. Tuan Yang di-Pertua dari satu masa ke satu masa boleh mengeluarkan petua-petua berkenaan dengan perkara itu”.

Justeru katanya Speaker berhak untuk menolak apa-apa soalan atau usul yang tidak mengikut Peraturan Mesyuarat.

“Keputusan Speaker adalah konsisten dan adil, kepada semua ahli Dewan. Bagaimanapun, terdapat cara untuk mencabar keputusan itu dan bukannya mendesak Speaker meletak jawatan dan berprasangka buruk apabila keputusan tidak menyebelahi mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menegaskan ianya amalan biasa apabila pembangkang menggunakan platform Parlimen untuk menyerang Kerajaan, namun tindakan pembangkang yang turut menyerang dan membuat dakwaan jahat terhadap Speaker ujar beliau dilihat sebagai terdesak dan tidak professional.

“Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini bahawa setiap Ahli Parlimen boleh berbeza pandangan dan berpegang dengan ideologi politik masing-masing.

“Namun sebagai wakil rakyat mereka perlu menjaga standard sebagai ‘Ahli Yang Berhormat’ bukannya menunjukkan tingkah laku seperti ‘Ahli Yang Tiada Hormat’, ” katanya.
Loading...
Back To Top