Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

PILIHAN CALON BN UNTUK PRU14 ADALAH YANG PALING TELITI DALAM SEJARAH

Pemilihan semua calon Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) disifatkan paling teliti dalam sejarah perjalanan PRU bagi memastikan mereka dapat membantu membawa kemenangan sekali gus mengekalkan kuasa pemerintahan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, corak pemilihan yang cukup terperinci itu turut diperakui sendiri oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Hishammuddin yang juga Naib Pengerusi BN berkata, penelitian itu adalah berdasarkan konteks keupayaan mereka yang dicalonkan selain soal sentimen di peringkat bahagian dan penerimaan rakyat terhadap calon yang dipilih.

“Saya juga terlibat secara langsung, dan berdasarkan persiapan hari ini saya harap (usaha itu) dihargai oleh semua
Loading...
pemimpin di peringkat Parlimen, DUN dan juga bahagian-bahagian,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya dan Gerak Gempur Tawan Parlimen Dungun di Kampung Seberang Pintasan di sini hari ini yang dihadiri lebih 10,000 ahli serta penyokong BN.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Mohd. Zubir Embong; Ketua UMNO Bahagian Dungun, Datuk Din Adam serta barisan kepemimpinan UMNO negeri.

Beliau mengulas lanjut, semua pihak perlu akur dengan penelitian pemilihan calon BN kali ini setelah pucuk kepemimpinan parti mengambil kira semua pertimbangan.

“Percayalah kita dah ambil kira semua pertimbangan dan ini bukan satu perkara yang mudah. Tapi perjuangan daripada ikrar tadi lebih penting agar kita sedar siapa saja yang dicalonkan, akan kerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan parti,” katanya.

Majlis itu turut diisi dengan bacaan ikrar yang diketuai oleh Pengarah Jentera Pilihan Raya Dungun, Datuk Mohd. Ariffin @ Zakaria Abdullah yang menyentuh soal kesetiaan terhadap kepimpinan di peringkat negara, negeri dan bahagian di samping kesediaan untuk akur dengan calon yang diputuskan di samping menolak unsur sabotaj
semasa PRU-14.

Beliau menyatakan rasa turut teruja dengan sambutan yang disifatkan luar biasa dalam menjayakan program pelancaran jentera BN Dungun hari ini, dan perlu dijadikan contoh oleh peringkat bahagian dan DUN di seluruh negeri ini. -UTUSAN ONLINE
Loading...
Back To Top