Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hina Sultan Selangor: Zaid enggan mohon maaf

Loading...
KOTA BHARU: Ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim berkata beliau tidak akan memohon maaf sehingga diputuskan bersalah oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata demikian susulan terdapat gesaan yang mahu beliau memohon maaf kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kerana mempertikai titah baginda yang menegur Tun Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan menghina Bugis.

Zaid juga mempertahankan kenyataan beliau menerusi akaun Twitter baru-baru ini yang didakwa bukan satu kesalahan, sebaliknya hanya berniat untuk menegur pemimpin.

“Saya rasa saya tidak ada buat silap, maaf itu kalau kita bersalah, ini kecil saja ni. Memang tweet itu saya tujukan kepada Sultan Selangor, namun apa yang kesalahan saya lakukan sehingga saya perlu memohon maaf?

“Nak kata saya bersalah atau tidak kena tunggu siasatan polis dululah, bicara di mahkamah, mahkamah tentukan. Polis akan siasat saya, setakat ini polis belum panggil lagi. Saya akan bagi penjelasan tidak ada masalah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis Dialog Bersama Rakyat sempena perasmian PDM Wakaf Siku Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payung, Wakaf Siku, di sini malam tadi.

Sebelum ini, Zaid menerusi akaun Twitternya mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin yang antara lainnya menegur bekas Dr. Mahathir Mohamad berhubung kenyataan bekas Perdana Menteri itu menghina Bugis.

Menerusi kenyataan di media sosial itu, Zaid memberitahu Sultan Sharafuddin harus lebih berhati-hati dengan kata-kata baginda kerana tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.

Tindakan itu telah mengundang kemurkaan Sultan Sharafuddin yang turut menyifatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu sebagai seorang yang biadab.

Dalam masa sama, Sultan Sharafuddin juga mengingatkan Zaid agar pulang sahaja ke Kelantan jika tidak bersetuju dengan teguran baginda dalam isu Dr. Mahathir sehingga sanggup membuat kenyataan biadab seperti itu.
Loading...
Back To Top