Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Misi jejak MH370 sudah liputi 8,200 km

PUTRAJAYA: Misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 sudah meliputi kawasan seluas 8,200 km persegi namun belum menemui apa-apa, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong
Loading...
Lai.

“Misi pencarian semakin rancak dan ia berjalan dengan baik,” katanya ketika diminta mengulas perkembangan pencarian MH370 oleh syarikat penerokaan dasar laut Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited.

Pesawat MH370 bersama 239 penumpang dan anak kapal hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan kehilangan pesawat itu disifatkan antara paling menimbulkan misteri dalam sejarah penerbangan dunia.

Operasi pencarian MH370 oleh Ocean Infinity berdasarkan terma “no cure no fee” iaitu pembayaran hanya dibuat apabila serpihan pesawat ditemukan dalam tempoh masa 90 hari.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Pengangkutan hari ini, Liow berkata 2 pegawai Malaysia dihantar menyertai misi pencarian tersebut dan seorang lagi pegawai pula akan dihantar minggu depan.

“Kami yakin pencarian akan dapat menemukan pesawat hilang itu,” katanya.
Loading...
Back To Top