Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Hendak Hapus Monopoli? ASTRO & Bernas Dibuat Pada Zaman Siapa?

SEBENARNYA rakyat Malaysia tahu dengan yakin bahawa manifesto Pakatan Pembangkang setebal 138 muka surat itu hanya pembohongan semata-mata. Mereka tidak ada niat pun untuk melaksanakan janji -janji tersebut memandangkan bagi mereka manifesto bukan janji yang mereka perlu tunaikan.

Pakatan kononnya berjanji menyelesaikan masalah monopoli di negara ini. Menurut manifesto berkenaan, antara lain monopoli oleh syarikat seperti BERNAS dalam pengeluaran beras, Astro dalam sektor penyiaran dan lain-lain akan dikaji semula.

Lupakah mereka yang BERNAS dan ASTRO dibuat pada zaman siapa? Mahathir menjadi PM dari tahun 1981 hingga tahun 2003. Tarikh pelancaran ASTRO adalah 1 Jun 1996. BERNAS pula telah diswastakan pada 1 Januari 1996.

Ini bermakna Mahathir adalah
Loading...
orang yang mewujudkan monopoli produk dalam usaha beliau untuk mengaut kekayaan negara melalui proksi, kroni, penama dan lain-lain lagi.

Oleh itu, manifesto pakatan pembangkang yang berjanji akan berusaha memecahkan monopoli dilihat sebagai langkah terdesak mengaburi mata rakyat Malaysia sedangkan mereka yang sebenarnya mencetuskan monopoli dalam sistem ekonomi negara kita.

Dibawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak usaha berjaya dilakukan untuk memecahkan tembok monopoli ini dengan memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat.

Malah Datuk Seri Najib telah berjaya menghapuskan beberapa buah tol. Hampir 99% tol-tol tersebut wujud ketika era pemerintahan Mahathir. Manifesto pakatan yang kononnya berjanji akan mengkaji semula perjanjian dengan syarikat konsesi lebuh raya dengan matlamat menghapuskan tol secara beransur-ansur dilihat sebagai menciplak idea-idea yang dilaksanakan kerajaan Barisan Nasional.

Manifesto pakatan yang berjanji akan menggalakkan pelaburan berterusan dari negara China dan negara-negara Asia lain juga turut dilihat sebagai “jokes of the year” memandangkan sebelum ini mereka mengkritik langkah yang diambil BN.

Menurut penganalisis politik, manifesto pakatan pembangkang diketuai DAP yang menciplak idea dan pelaksanaan dibuat oleh BN menunjukkan bahawa mereka akur yang BN memerintah negara dengan amat baik sehingga pembangkang terdorong untuk meniru pentadbiran kerajaan Barisan Nasional pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Loading...
Back To Top