Amanah mendesak PPBM mengambil tindakan disiplin terhadap adik naib presiden parti itu kerana membuat kenyataan bersifat rasis yang melanggar semangat Pakatan Harapan dalam menolak sentimen perkauman sempit.
Ketua Pemuda Amanah Perak, Hasnul Zulkarnain merujuk catatan Facebook Hamizura Osman, semalam, yang mengingatkan penyokong pembangkang supaya tidak memuji dan membiarkan orang Cina memijak orang Melayu dalam usaha menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak.
Hasnul dalam kenyataan hari ini berkata, pemimpin dan ahli Pakatan Harapan, termasuk adik kepada Datuk Hamidah Osman itu tidak patut membuat kenyataan bersifat perkauman yang secara tidak langsung memberi persepsi tidak baik kepada gabungan pembangkang berkenaan.
“Hamizura cuba mewujudkan persepsi kononnya kaum cina cuba ‘memijak’ orang Melayu di dalam Pakatan Harapan, sedangkan perkara tersebut tidak langsung wujud dan ia hanyalah paranoid semata-mata. Seperti yang diketahui, Pakatan Harapan wujud dengan semangat kesaksamaan antara satu sama

Loading...
lain.
“Beliau juga menyatakan Malaysia adalah bumi Melayu, kami menegaskan tiada istilah seperti itu, sebaliknya negara ini adalah bumi kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan. Tidak ada istilah rayu-merayu kepada kepada mana-mana kaum.”
Katanya, Pakatan Harapan mendukung semangat keharmonian kaum di kalangan rakyat berbilang kaum dan menolak individu berfikiran rasis atau perkauman sempit.
Beberapa jam selepas memuat naik kenyataan bersifat rasis itu, Hamizura yang juga isteri kepada bekas ketua penaja PPBM bahagian Ipoh Timur, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar membuat permohonan maaf di Facebooknya, semalam selepas dibidas pelbagai pihak.
Antaranya Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Tariq Ismail yang dilaporkan berkata, wawasan parti itu adalah mengembali dan memperkasakan maruah Melayu berteraskan keadaban, kesopanan dalam kata-kata dan tindakan.
Katanya, hak Melayu adalah untuk memperkasakan maruah Melayu, bukan memperjuangkan ketuanan Melayu.
“Saya tidak setuju dengan kenyataan rasis (bersifat perkauman) ini. Jangan guna nama Dr Mahathir dan lambang PPBM atas kenyataan rasis ini,” katanya merujuk Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Masyarakat Cina di Malaysia adalah warganegara Malaysia dan berhak tinggal di negara ini. Kita tidak boleh menafikan sumbangan masyarakat Cina kepada negara ini,” katanya dalam catatan Facebook.
Sumber – Freemalaysiatoday