Pergerakan Pemuda UMNO melabelkan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali sebagai cetek ilmu pengetahuan berkenaan konsep pelaburan negara di luar.
Ianya adalah susulan kenyataan Menteri Besar Selangor itu pada semalam yang menyifatkan bahawa kerajaan persekutuan tidak sepatutnya melabur wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak USD4 bilion di Amerika Syarikat (AS) yang didakwa sebagai penghantaran wang ke luar.
Bagaimanapun, Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin berkata pelaburan oleh KWSP di luar negara bukanlah sesuatu perkara baharu.
“Sebelum ini mereka sudah melabur hampir 7 bilion Dolar Amerika ke dalam pasaran ekuiti AS.
“Dengan penambahan

Loading...
sebanyak 3 hingga 4 bilion Dolar yang dijanjikan, KWSP dijangka terus mendapat manfaat daripada pelaburan daripada pasaran AS yang cemerlang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tegas Menteri Belia dan Sukan itu, pembangkang sepatutnya mengamalkan politik berteraskan intelek demi masa depan negara yang gemilang.
“Pelaburan kita di AS, atau mana-mana negara ekonomi besar yang lain adalah untuk kebaikan rakyat dan negara.
“Pada dasarnya, Kerajaan Barisan Nasional sudah lama membuktikan bahawa kita mampu melangkaui politik murahan dan terus berkhidmat kepada rakyat Malaysia melalui kestabilan polisi ekonomi dan juga hubungan diplomatik yang utuh,” katanya.
Menerusi kenyataan itu, Khairy juga menyebut bahawa pelaburan langsung asing pada tahun lalu bernilai RM47.2 bilion, aliran masuk bersih bernilai RM25.3 bilion ke dalam pelbagai sektor dan pelaburan antarabangsa negara berjumlah RM1.7 trilion pada suku kedua tahun ini.
Semalam Perdana Menteri yang dalam jadual kerja rasmi di AS mengumumkan bahawa Malaysia akan melabur di sana melalui dana KWSP serta pembelian pesawat Boeing untuk syarikat Malaysia Airlines.