Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kisah Inspirasi : Tauke kayu balak paling cantik di Malaysia

Loading...

Saja nak share kisah si cantik manis ini sebagai inspirasi bersama. Bukan semua yang kaya dan berjaya datangnya dari keluarga berada. Ada yang puas memandi peluh dan air mata untuk mencapai kejayaannya seperti yang kita nampak. Selalunya kita cuma menilai apa yang kita nampak pada mata kasar tetapi hanya empunya diri saja yang tahu kisah sebenar sebelum mereka berjaya. Rasa sangat bertuah terjumpa akaun fb wanita cantik ini kerana beliau membenarkan kisahnya dikongsi untuk memberi inspirasi kepada orang lain.

Mari berkenalan dengan Wanita Jelita Cantik Lawa Tauke Kayu Balak dan Kosmetik ini. Namanya Datuk Nur Syamimi Shamsuddin. Mek kelate.  Dan bergelar jutawan semasa berusia 19 tahun. Dibawah adalah luahan hati Datuk Nur Syamimi apabila menerima kata-kata negatif kerana menjadi jutawan pada usia yang sangat muda. Mari baca keluhan hatinya di bawah


Petang Tadi saya agak Sedih bilamana saya secara tidak sengaja terbaca cerita tentang saya bolh menjdi Jutawan dalam usia muda yg terdapat di media media sosial malah menjadi viral

Pada awalnya Saya agak gembira bercampur teruja bila melihat Berita itu

Walaubagaimanapun saya Terasa sedikit sedih, kecewa dan marah bilamana saya membaca Komen-Komen yang di tulis oleh orang ramai, rata rata Komen negatif yang berbahasa kesat, sindiran tak juga berbawa lucah serta cacian.

Dan hari ini saya ingin menjawab serba sedikit kisah Kejaayaan saya diusia muda kerana banyak pm yg mahu saya supaya ceritakan pengalaman saya semasa berbisnes sehingga bergelar jutawan muda pada usia 19 tahun

Saya dan keluarga lebih mengetahui akan perjalanan hidup saya dari kalian semua yang hanya sekadar membaca di ruangan Surat Khabar, Majallah atau pun di media media elektronik mahupun di medium facebook, Whatsup atau lain lain bahan bacaan.

Sememangnya ramai yg tahu saya seorang wanita yang berjaya didalam bisnes tetapi kalian tidak tahu kisah sebalik kejayaan saya.

Ceritanya hanya lah bermula dengan...



Saya memiliki sebuah rumah di machang kelantan dan saya tinggal disitu bersama ayah dan ibu saya serta adik beradik ,Saya dan adik beradik hidup dalam keadaan serba Kekurangan

Saya menjalani kehidupan remaja saya seperti biasa dan saya bercita cita untuk menjadi arkitek

Tetapi apa yang di rancang oleh saya sebenarnya bukan berjalan menggikut apa yg dirancang kehendak saya ialah ingin menjadi arkitek tetapi

Perancangan tak menjadi, apa yang berlaku ialah saya ditawarkan utk menjadi bisneswomen, saya berfikir panjang sama ada ingin meneruskan menjadi arkitek atau bisnes women setelah berfikir panjang saya membuat keputusan utk menjadi bisnes women

Bagaimanapun ibubapa saya memberi sokongan yang kuat dari belakang .

Saya pendekkan cerita....

Saya masih ingat di saat saat getir ketika kelurga saya berada di dalam masalah keewangan..

Susahnya saya dan keluarga ketika itu sehingga saya terpaksa berkongsi duit bersama ayahku , RM 50 di bahagi dua, saya ketika itu telah telah menjalankan bisnes online secara sambilan kerana sy juga masih belajar di salah sebuah Pusat Pengajian dalam jurusan bisnes.

Masa berlalu dengan pantas dan saya meneruskan kuliah sambil bekerja dengan membuat berbagai perniagaan online untuk menampung kehidupan berkeluarga.

Saya masih ingat dan ianya masih segar di dalam ingatan bagaimana saya melihat ayahku sedang menangis sambil berdoa kerana melihat saya terkejar kesana sini, pagi pagi ke Kuliah dan sebelah petangnya sibuk dengan urusan melayan pelangan yang membuat order, menghantar barang jualan, membungkus sendiri apa yang perlu dan malamnya menggulangkaji pelajaran Kuliah.



Ayah saya hanya memerhati dari jauh, jauh di sudut hatinya...Dia menanggis kerana saya tlah mengorbankaan keseronokan zaman remaja saya demi mahu berjaya untuk membina sebuah empayar perniagaan saya.

Alhamdulilah Allah Maha Pengasih dan Maha Pemberi rezeki, dalam jangkamasa satu tahun lebih saya berjaya mengembangkan perniagaan kosmetik dan berjaya membina empayar perniagaan kosmetik saya sendiri, saya memiliki ratusan Down line juga cawangan sehingga ke Jakarta Indonisia, sehingga kini saya mempunyai Rakan Kongsi di Indonisia dan memiliki Ibu Pejabat di Indonisia serta rangkaian Stokis.

Kehidupan saya berubah, dari memiliki sebuah kereta murah Satria yang di beli hasil dari terkumpulnya duit perniagaan akhirnya saya mampu membeli sebuah Kereta mewah Porche secara tunai, membina sebuah bangunan Pejabat sendiri, membeli sebuah rumah secara tunai dengan harga setengah juta, mengambil pekerja pekerja yang di bayar gaji bulanan, membeli lagi kereta kereta mewah sebagai aset seperti Range Rover Evox, Skyline GTR, Mini Cooper Country Man, Audi TT, Walfire dan berbagai lagi, semua ini di beli secara tunai kerana usia saya masih muda untuk membuat pinjaman.

Dari modal dan pengalaman perniagaan ini lah saya kini mengembangkan lagi dan melebarkan rangkaian perniagaan sehingga kini saya menceburi bidang perniagaan Kayu Balak, kini saya memiliki Kilang Memotong Kayu Balak sendiri dan

Kini juga saya mengeksport papan papan yang di proses di Kilang saya ke Thailand dan rantau Asia.

Bhai, saya menulis cerita ini bukan lah bertujuan untuk menceritakan akan kekayaan saya tetapi saya nak memberi inspirasi kepada anda dan menjawab segala tomahan dan caci maki serta cercaan kepada saya adalah tidak adil

Kenapa saya kata tidak adil, kerana saya di usia 18 tahun sudah pun menempuh kesusahan, bekerja mengumpulkan duit serta bertungkus lumus bekerja, menjadi pelajar, menjadi peniaga sehingga terpaksa meninggalkan zaman remaja saya di kala remaja remaja lain berseronok di Cafe cafe, bersuka ria di parti parti, bergelak ketawa sesama rakan sebaya TETAPI saya bermandi keringat memikul barang jualan, menjaja barang dagangan .

Kamu di luar sana boleh berkata dan menulis apa saja di ruangan komen,Tapi saya dan keluarga memaafkan kamu semua.

Semoga allah memberi kamu semua yang mencaci saya hidayah utk bertaubat.

Kini juga saya sedang membina sebuah rumah 3 tingkat dengan harga dirahsiakan .....takut org hina lagi dan kolam renang serta mempunyai 20 bilik...


*Memang lawa gila Datuk muda ni. Kalah retis lawanya. Untunglah siapa-siapa yang berjaya mengorat dia. Dahlah Kaya Lawa Pulak Tu.

Sumber : FB/ Nur Syamimi
Loading...
Back To Top