Loading...
Kerajaan akan meneruskan program-program pembaharuan yang telah diiktiraf oleh pakar di seluruh dunia, untuk berkhidmat kepada rakyat dan memastikan Malaysia meneruskan perjalanannya menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk negara walaupun ia sering menjadi cabaran buatnya sebagai perdana menteri.
“Saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya selagi rakyat mahukan saya untuk terus memimpin negara ini. Saya akan lakukan yang terbaik. Saya beri jaminan bahawa terdapat kerajaan yang adil dan akan terus memacu ke arah negara yang lebih baik,” katanya ketika berucap pada Forum Ekonomi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) 2017 di sini hari ini.
Bagaimanapun, perdana menteri berkata kerajaan tidak akan menjadi populis hanya untuk memenangi sokongan daripada rakyat.
“Tetapi, kami tidak keberatan sekiranya anda menyokong kami untuk pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Najib berkata sukar baginya memenuhi kesemua permintaan pihak atau rakyat yang membawa harapan tinggi ketika datang menemuinya termasuk di pejabatnya di bangunan Parlimen.
Tetapi, perdana menteri berkata rakyat harus sedar bahawa beliau tidak dapat merealisasikan setiap jangkaan mereka yang berharap dapat melihat keinginan mereka diluluskan.
“Inilah yang sentiasa menjadi cabaran semasa memegang jawatan ini, ” katanya sambil bersumpah akan melakukan yang terbaik untuk negara ini.
Dalam ucapannya, Najib turut menyentuh mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan matlamat umum untuk meletakkan Malaysia sebagai 20 negara terbaik di dunia menjelang 2050.
“Kami telah mengambil pendekatan ‘bottom-up’ (dari bawah ke atas) dan bukannya ‘top-down’ (dari atas ke bawah) dalam merangka pelan pelaksanaan TN50 kerana kami mahu visi baharu dirasakan oleh rakyat “untuk menjadi milik mereka.
“Saya mengalu-alukan semua cadangan anda dan menggalakkan anda untuk berfikir di luar kotak membantu kami merealisasikan pelan dan misi kami secara kolektif untuk masa depan,”katanya.
Najib juga menempelak ahli politik pembangkang yang menyebarkan pembohongan demi kepentingan politik mereka.
Beliau berkata mereka berbuat demikian kerana tidak mempunyai niat kebaikan dalam hati mereka untuk negara dan rakyat.
“Biar saya ingatkan anda bahawa ahli politik pembangkang yang memberi amaran mengenai pelaburan China adalah ahli politik yang sama mahukan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimansuhkan ” dengan tiada jawapan mengenai bagaimana mereka akan mendapat pendapatan RM41 bilion yang diperoleh daripada GST tahun lepas, ” katanya.
— BERNAMA