Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Cikgu, jangan mainkan cinta saya, boleh? | Surat CInta Dari Murid Darjah 5

Loading...


Pen merah, pen biru, Cikgu i love you. Amboi kemain lagi budak sekarang. Darjah lima dah pandai main cinta dengan cikgu. Tapi tengoklah cikgunya pun. Kacak bergaya.

Kecoh memang kecoh apabila berita tentang murid darjah 5 bernama Fatimah yang menulis surat cinta untuk guru kelasnya, Cikgu Hanafi. Surat itu menyatakan rasa cemburu kepada cikgu itu kerana senyum kepada Shila. Tidak pasti pula siapa gerangan si Shila itu. Mungkin rakan sekelasnya.

" Assalamualaikum cikgu hensem, semalam cikgu senyum pada Shila, saya cemburu tau. Cikgu minggu lepas dah senyum pada saya. Saya dah terima cinta cikgu. Cikgu jangan mainkan cinta saya boleh? Boleh tak? Cakap lah? Saya menangis ni cikgu. Saya cuti hari ini sebab sakit hati, mak saya belum tahu. "

Parah memang parah. Cemanalah kalau cikgu ni jadi cikgu sekolah menengah pula. Terguling habis budak-budak sekolah tu gamaknya. 

Pantun akhir tu memang menarik, Pen merah pen biru, cikgu i ❤ U.

Teringat dulu masa sekolah rendah selalu jugak selitkan pantun kalau menulis surat.

Pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca harap balas... pergh :) memori

Sumber photo: Viral D Viral
Loading...
Back To Top