Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Suhaizan Kayat Serlahkan Bahawa Pakatan Harapan Memang Tidak Boleh Mentadbir

Loading...
Tidak dinafikan bahawa Pakatan Harapan mempunyai cita-cita yang cukup tinggi pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang akan datang. Pelbagai janji mereka taburkan hanya semata-mata untuk mendapatkan undi di kalangan rakyat. Namun begitu, tanpa mereka sedar, mereka hanya mampu menabur janji tanpa mampu berfikiran realistik tentang apa yang mereka janjikan.

Terbaru, Setiausaha Organisasi Parti Amanah Malaysia (PAN) Suhaizan Kayat dilaporkan berjanji, sekiranya Pakatan Harapan berjaya membentuk sebuah kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 14 kelak, paras gaji minimum akan ditetapkan pada RM 6 ribu, 5 kali ganda dari apa yang diterima hari ini. Persoalannya, logikkah cadangan dan janji yang diberikan oleh Suhaizan ini?

Untuk sedikit rujukan, gaji minima adalah terma untuk jumlah gaji terendah yang diperuntukkan kepada jawatan yang paling rendah. Dalam konteks ini, sebagai contoh, jika dalam sesebuah kilang, gaji minima yang diterima oleh operator pengeluaran adalah RM 6 ribu sebulan jika mengikut cadangan dan janji yang diberikan oleh Suhaizan

Jika operator pengeluaran menerima gaji sebanyak RM 6 ribu setiap bulan, bayangkan berapa pula gaji yang diterima oleh Quality Control, Line Leader, Supervisor, Shift Manager, Human Resource Manager dan Manager? Adakah mereka akan menerima gaji sehingga RM 20 ribu sebulan? Andai ini yang mahu diamalkan oleh Pakatan Harapan, mampukah sesebuah syarikat bertahan apabila terpaksa membayar kadar upah yang amat tinggi?

Bayangkan jika had gaji ini termaktub kepada pekerja di pasar-pasar mini dan syarikat-syarikat yang mempunyai modal perkapita yang rendah. Adakah taukeh-taukeh restoran dan kedai-kedai runcit terpaksa membayar sehingga RM 6 ribu kepada pekerja bawahan mereka? Jika ini berlaku, mampukah mereka terus bertahan untuk meneruskan perniagaan mereka?

Pada masa yang sama, Pakatan Harapan sendiri menyatakan komitmen mereka untuk mengapuskan GST dan beberapa cukai yang kononnya membebankan rakyat. Pada masa yang sama, mereka turut melaungkan untuk menaikkan kadar Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M), menetapkan kadar paling rendah untuk harga petrol, pendidikan percuma dan banyak lagi.

Bukankah sudah wujud ketidak seimbangan pendapatan sekiranya kerajaan mengeluarkan belanja yang terlalu banyak dan pada msa yang sama, kadar gaji minima ditetapkan pada angka RM 6 ribu sebulan. Sudah tentu perkara ini tidak masuk akal dan tidak munasabah.

Sebagai sebuah kerajaan, antara faktor utama yang harus dititik beratkan adalah keseimbangan perbelanjaan dengan pendapatan negara. Jika ini pun gagal difahami dengan baik oleh Suhaizan, bayangkan kerajaan yang bagaimana yang akan dicipta oleh Pakatan Harapan seandainya mereka membentuk kerajaan kelak.

Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Suhaizan ini, bolehlah digambarkan bahawa, Pakatan Harapan sememangnya tidak mampu dan tidak layak untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini. Lihat sahaja Pulau Pinang yang mengalami defisit ekonomi yang cukup teruk. Adakah itu contoh terbaik buat Pakatan Harapan kepada rakyat seandainya mereka membentuk kerajaan kelak?
Loading...
Back To Top