Loading...
Siapa sini suka mee bandung?
Teringat dulu masa kecil, ayah selalu tapaukan mee bandung yang power di Kampung Bharu. Restoran Jamal bersaudara kalau tak silap. Masa tu ayah memandu teksi. Memori indah betul mee bandung ini buat saya.
Teringin sungguh nak buat mee bandung sendiri sebab nak cari kedai yang jual mee bandung yang sedap memang susah sekarang ni. Rata-ratanya masak main belasah je, memang tak puas hati.
Puas mencari resepi mee bandung tapi semuanya complicated sangat. Bahan je dah panjang berjela. Konpius nak masak. Hari ni nasib terjumpa resepi Mee bandung yang simple di fb. Bahan pun sikit. Cara masak pun mudah je. Jom kita terai.
Bahan-bahan:
Mee Kuning
Sedikit minyak masak untuk menumis
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 biji bawang merah besar & 3 ulas bawang putih diracik halus
1 cawan stok udang@stok ayam@stok daging. Kalau tak ada guna 1 kiub ayam.
Sedikit udang & ayam
Sayur sawi, kubis, taugeh
2-3 hiris fish cake
1 biji telur
1 sudu gula & garam
Sedikit air masak
Cara memasak:
Tumis bawang merah & bawang putih masukkan cili kisar tumis sekejap (tak perlu sampai garing). Masukkan ayam. Tumis sehingga ayam separuh masak. Masukkan udang & stok udang. Masak sehingga mendidih. Masukkan sos tiram, sos cili, garam & gula. Kacau sebati. Setelah mendidih masukkan mee kuning, fish cake, sawi & kubis tumis sekejap. Akhir sekali pecahkan telur dalam kuah. Tambah air sekiranya kuah terlalu pekat. Biarkan telur hingga separuh masak. Sedia dihidang.
Boleh hiaskan dengan bawang goreng, cili padi & cili besar. Perahkan sehiris limau nipis untuk rasa lebih menarik 😃
Kredit resepi ini kepada zuhairah el-fathini via masak apa hari ni
Tengok warna kuahnya macam tak menarik. Mee bandung memori saya kuahnya warna merah. Ah belasah aje lah cuba dulu, kemudian adjust-adjust apa yang patut. Mudah2an sedap. AMin.

Mee Bandung Sempoi