Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

[H355, NAJIB mahu KREDIT] tapi nak arah Ahli UMNO Hadir pun TAK MAMPU, nak runding MCA lagi tak mampu

Loading...

Hari ini terpampang di akhbar-akhbar dengan tajuk PM, TPM wakilkan Jamil Khir hadir ke Himpunan 355.

Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom , kedua-dua pemimpin negara itu meminta beliau untuk hadir pada perhimpunan itu demi menegakkan syiar Islam.

Sebelum ini Najib memaklumkan akan membincangkan sama ada Ahli UMNO diminta hadir atau tidak. Sehinggalah berlangsungnya Himpunan 355, Najib langsung tidak berani mengarahkan ahli UMNO hadir secara beramai-ramai.

Hanya Pemuda UMNO melalui Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun menyatakan tidak halang pemuda UMNO untuk hadir. Tidak menghalang dan mengarahkan hadir menyatakan sokongan adalah dua perkara yang berbeza. 

Tidak menghalang bermaksud, tidak menyokong tetapi tidak akan ambil tindakan jika ada yang hadir.

Macam mana mahukan sokongan PAS untuk PRU14 jika untuk Islam pun masih takut kepada MCA dan Gerakan?



Loading...
Back To Top