Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

H355, Akibat Mabuk Cinta Terlarang, Hadi PUJI UMNO di H355, Ahli UMNO TIDAK DIMINTA HADIRpun oleh Najib

Loading...
KUALA LUMPUR: Kerjasama pelbagai pertubuhan termasuk PAS dan Umno sudah bermula sejak sebelum merdeka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu puluhan ribu peserta yang membanjiri Padang Merbok bagi menyatakan sokongan memberi kuasa lebih kepada mahkamah syariah negara ini.

Amanat Haji Hadi suatu ketika dahulu
Dalam ucapannya sebelum perhimpunan tamat malam tadi, presiden PAS itu berkata PAS dan Umno antara pertubuhan berjuang meletakkan Islam sebagai agama persekutuan dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Kita menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Reid meletakkan Islam dalam Perlembagaan. Mereka berbincang dan menerimanya,” katanya merujuk jawatankuasa ditubuhkan kerajaan Britain bagi mewujudkan perlembagaan baharu selepas Merdeka.
Hadi berkata, kerjasama serupa perlu dilakukan pada masa ini berhubung rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang dicadangkannya.
“Kita hanya mengulangi sejarah lalu yang ditulis dengan tinta emas oleh pejuang kemerdekaan negara kita,” katanya lagi.
Perubahan yang sedang berlaku dalam Pas sangat ketara sejak akhir-akhir ini.
Malah amat bertentangan dengan pegangan mereka suatu ketika dahulu yang sanggup mengkafirkan UMNO kerana mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang dimomokkan oleh Pas sebagai undang-undang penjajah.

"kita mati melawan puak-puak ni (UMNO), mati kita adalah syahid"

"kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku agama suku" (UMNO dikatakan menjadi kafir kerana mengamalkan pemisahan antara agama dan politik)


Loading...
Back To Top