Che Yusof yang mendaki bersama dua anaknya ditemui pukul 9 pagi tadi dalam keadaan lemah namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, mangsa telah turun dari puncak gunung tersebut bersendirian sebelum disusuli kedua anaknya setengah jam kemudian.

“Bagaimanapun, apabila anak-anaknya tiba di kaki gunung kira-kira pukul 7.15 petang, mereka mendapati mangsa tiada. 

“Seorang daripada anak mangsa kemudian menerima mesej menerusi aplikasi whatsapp daripada mangsa memaklumkan beliau telah sesat sejak pukul 2.26 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya, satu operasi mencari dan menyelamat melibatkan Polis Diraja Malaysia, Bomba, Jabatan Pertahanan Awam, dan juga Istana Negara digerakkan pada pukul 8 pagi tadi sebelum berjaya menemukan mangsa kira-kira 500 meter dari puncak gunung tersebut. - UTUSAN ONLINE