Umah Islam perlu kaji dan fikir sendiri, bukannya bergantung sepenuhnya pada apa yang pemimpin agama beritahu, kata Datuk Zaid Ibrahim.
Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika menyokong kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai jemaah tidak dapat haji mabrur jika menunaikan haji dengan duit tajaan 1MDB.
“Tak perlu kita jadi mufti. Benda ni kita diajar sejak kecil lagi. Kalau kita buat kerja tak betul, ambil duit tak betul, sumbernya haram, duit tu dicuri, maka kita pergi Mekah ke, Madinah ke, haramlah dengan duit tu.
“Persoalan yang dibangkitkan Tun Mahathir ialah, kalau kita guna duit 1MDB pergi haji, duit itu haram,” katanya kepada FMT.
Minggu lalu, Dr Mahathir berkata 1MDB, syarikat pelaburan milik negara menaja imam dan ketua kampung menunaikan haji menerusi yayasannya menggunakan duit “curi”, tetapi 1MDB menafikan dakwaan itu yang dikatakan tidak berasas.
1MDB dalam satu kenyataan berkata syarikat itu mempunyai operasi perniagaan yang sah dengan sebelum ini dalam industri jana tenaga dan mutakhir ini, pembangunan hartanah.
“Dana daripada operasi perniagaan itu
Loading...
disumbangkan kepada Yayasan 1MDB, yang menggunakan dana seperti itu untuk menaja program khas haji,” kata 1MDB.
Beberapa menteri dan mufti turut mempertahankan 1MDB.
Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata sama ada haji seseorang itu mabrur atau tidak bukan bergantung pada sumber dana, tetapi pahala ketika menunaikan haji.
“Sudah tentu 1MDB melenting. Dia kata bukan duit curi. Dia berniaga. Dia melabur untuk nampak macam berniaga tapi dari awal lagi duit tu haram. Jadi kalau pergi haji betullah apa Dr Mahathir cakap.
“Tapi kalau mufti nak pertahankan 1MDB tu, kita pun faham. Maklumlah, kita kena periksa bila mufti atau penceramah atau pendakwah Islam, dia bercakap, kita kena tanya juga, gaji siapa bayar?
“Anda kena periksa. Gaji tu sumber dari mana. Dia berniaga apa? Kontrak dia dengan siapa? Sebab banyak orang berniaga agama ni. Dia berniaga. Berniaga jawatan ke kontrak pengaruh. Macam orang politik pun guna Islam,” katanya.
Zaid berkata ada ulama yang baik tapi ada yang makan gaji dan tidak ada pilihan apabila perlu bercakap benda yang elok saja mengenai kerajaan.
“Kita kena nilai, baca sendiri dengan pemikiran kita. Saya rasa siapa yang rasa keliru bacalah sendiri kerana ada banyak buku Islam, terjemahan Al-Quran. Jadi kalau ulama yang mengampu, tak perlu kita ikut,” katanya.
Loading...