Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Review FIlem Hollywood The Shack 2017

Loading...

Filem "The Shack" diterbitkan pada tahun 2017 dan diadaptasi dari "best selling" novel terbitan News Straits Times berjudul "The Shack"

Filem adalah filem bercorak drama fantasi, misteri dan spiritual. Ianya berkisar tentang seorang lelaki bernama Mack yang menerima jemputan misteri bertemu Tuhan.

Mack adalah seorang lelaki yang tidak begitu mempercayai Tuhan, manakala isterinya seorang yang taat dengan ajaran Kristian. Namun Mack mengikut isteri dan keluarganya ke gereja setiap minggu.

Mack adalah seorang ayah yang sangat penyayang, dia mempunyai 3 orang anak, 2 remaja dan seorang lagi anak perempuan kecil yang berusia antara 5 atau 6 tahun, ( saya terlupa ). Suatu hari dia membawa anak-anaknya camping ke dalam hutan. Tempat itu memang terkenal dengan tempat camping dan ramai lagi ibu dan bapa turut berkhemah dan tidur di sana.

Secara tiba-tiba insiden berlaku dan anaknya yang paling kecil itu hilang. Kemudian barulah Mack tahu bahawa di kawasan itu terdapat pembunuh bersiri kejam yang telah banyak menculik dan membunuh kanak-kanak. Anaknya tidak ditemui, yang ditemui hanyalah kesan darah dan baju. Mereka mengistiharkan anaknya mati tanpa kubur.

Tragedi itu meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepadanya. Mack tidak dapat menerima kenyataan anaknya menjadi mangsa dan kuburnya tiada. Jiwanya mati dan seolah-olah membenci Tuhan. Keluarga juga berantakan. Mujurlah isterinya seorang yang penyabar dan sering mencuba untuk memulihkan keadaan namun gagal kerana Mack telah terlalu jauh memendam rasa.

Mack selalu berfikir jika Tuhan benar-benar ada, mengapa dia tidak menolong anaknya.

Pada suatu hari Mack menerima jemputan secara misteri dalam kotak suratnya memintanya bertemu di kabin tempat darah anaknya dijumpai. Disangkanya jemputan dari pembunuh anaknya. Maka dia nekad untuk pergi. Namun sangkaannya silap kerana yang menjemputnya adalah Tuhan kerana ingin menunjuk dan mengajarnya sesuatu.

Saksikanlah sendiri perjalanan spiritualnya bertemu Tuhan di dalam filem ini.

Filem ini bukan bertemakan kristianity, islamik, buddism, hinduism atau lain-lain tetapi tentang Tuhan keseluruhannya menurut pendapat penulis novel ini, Paul Young.

Fakta: Paul Young menjadi mangsa teori kontroversi dan kemarahan penganut agama Kristian di USA kerana mengambarkan Tuhan secara universal dan tidak mengambarkan ciri Kristian di dalam buku dan filemnya.

Filem ini adalah sebagai hiburan semata-mata untuk mereka yang gemarkan filem genre misteri dan ketuhanan.

Tiada aksi bertumbuk di dalam filem ini. Jika anda harapkan cerita aksi ini bukan untuk anda.

Tiada aksi romantik di dalam filem ini. Jika anda harapkan cerita romantik ini bukan untuk anda.

Rating IMDB : 6.3/10

Adakah filem in bagus untuk ditonton?
Bagus jika anda sukakan genre sebegini dan drama. Filemnya moving kerana anda sendiri ingin tahu kesudahannya.

Adakah filem ini sesuai ditonton untuk orang Islam?
Mengikut tahap keimanan masing-masing. Ada sesetengah negara Islam yang extremist mengharamkan tv, radio, internet dan segala bentuk media kerana khuatir minda atau iman akan terpesong. Ini semua terpulang kepada minda masing-masing. Jika anda rasa filem bercorak ketuhanan yang selain dari terbitan Islam tidak sesuai ditonton, maka filem ini tidak sesuai ditonton.

Antara quotes di dalam filem ini :

“Your world is severely broken. You demanded your independence, and now you are angry with the One who loved you enough to give it to you.”

“Emotions are the colors of the soul; they are spectacular and incredible. When you don't feel, the world becomes dull and colorless.”

“Judging requires that you think yourself superior to the one you judge.”



Loading...
Back To Top