Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mufti Perak Harussani Zakaria dan Isteri Positif COVID-19

 

Dr Harussani Zakaria

Mufti Perak, isteri positif COVID-19

Astro Awani

IPOH: Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan isteri disahkan positif COVID-19 sejak sebelum Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu disahkan Timbalan Mufti, Datuk Zamri Hashim.

Menurut Saarani, mufti dan isterinya sedang mendapatkan rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini.

“Kita doakan semoga Tan Sri Mufti dan isteri akan mendapat kesembuhan, insya Allah,” katanya pada sidang media secara maya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular di media sosial khususnya aplikasi Whatsapp, Harussani dan isteri dikatakan positif
Loading...
COVID-19.

Pada Isnin, Zamri menerusi kenyataan di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Perak, memaklumkan mengenai penutupan sementara jabatan itu.

Menurutnya, penutupan bermula dari 18 hingga 20 Mei dan sepanjang tempoh tersebut sebarang urusan akan dilaksanakan secara dalam talian.

Harussani, 82 tahun, dilantik sebagai Mufti Perak mulai tahun 1985 sehingga kini. Beliau turut memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri dan kerajaan pusat.
FOR MORE NEWS GO TO:






Loading...
Back To Top