Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kes Rogol Pendakwah Selebriti: Jururawat Tampil Dakwa Mangsa Terbaru Pendakwah Selebriti (1 Video)

Loading...
            
Jururawat tampil dakwa mangsa terbaru pendakwah selebriti

BERNAMA
08/12/2020 


SHAH ALAM, 8 Dis -- Seorang lagi wanita tampil membuat laporan polis Ahad lalu, mendakwa dicabul oleh pendakwah selebriti yang kini sedang menjalani proses reman.

Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata wanita berkenaan yang merupakan seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur itu mendakwa kejadian tersebut berlaku di sebuah studio di Seksyen 7, dekat sini pada Disember tahun lalu.

Mangsa yang berusia 26 tahun, membuat laporan tersebut di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur sekitar jam 4 petang dan kes tersebut kini dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk siasatan lanjut.

"Dengan laporan terbaru ini, kami sudah ada sembilan kes kesemuanya melibatkan rogol dan cabul. Tujuh kes kami buka siasatan manakala dua diklasifikasikan Tiada Tindakan Lanjut (NFA). Majoriti kes melibatkan pendakwah ini dilakukan di Shah Alam.

"Kami masih lagi menjalankan siasatan dan akan lihat dari semua sudut dengan mengumpul maklumat berkaitan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Sri Muda, hari ini.

"Modus operandi suspek juga sama seperti sebelum ini iaitu mangsa akan diajak keluar makan sebelum dibawa ke rumah suspek dengan alasan tertinggal barang. Mangsa kemudian mendakwa dirinya dipeluk dari belakang.

"Difahamkan mangsa sudah berkawan dengan suspek sejak 2018 dan mereka juga sering keluar bersama," katanya.

Noor Azam berkata kes ini disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, pendakwah berusia 25 tahun itu telah direman 10 hari di Mahkamah Shah Alam berhubung dakwaan kes merogol kenalan laman sosial Instagramnya.

Suspek kemudiannya direman lagi di Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam sehingga Jumaat ini (11 Dis) atas dakwaan serupa.

Dalam pada itu, Noor Azam berkata pihaknya sedang menyiasat punca kematian seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam keadaan tidak sempurna, tergantung di dalam sebuah rumah kosong, dalam kawasan hutan berdekatan Gombak Tengah Tambahan, semalam.

Jelasnya mayat tersebut telah dihantar ke unit forensik untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian sama ada ia mempunyai unsur jenayah atau sebaliknya.

"Dipercayai mangsa mungkin seorang gelandangan. Kami juga akan semak laporan orang hilang untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

FOR MORE NEWS GO TO:
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-salah-laku-seks-personaliti-program-realiti-direman-lagi-272030

Polis Selangor Terima Lima Laporan Baharu Kes Rogol Membabitkan Seorang Selebriti (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/12/polis-selangor-terima-lima-laporan.html

Kes Rogol Pendakwah Selebriti: Polis Terima Lapan Laporan Berhubung Pendakwah Selebriti Terpalit Serangan Seksual (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/12/kes-rogol-pendakwah-selebriti-polis.html

Kes Rogol Pendakwah Selebriti: Personaliti Program Realiti Direman Lagi (1 Video)
https://bestfbkl.blogspot.com/2020/12/kes-rogol-pendakwah-selebriti.html


Pendakwah selebriti dibawa ke mahkamah bagi permohonan reman
Loading...
Back To Top