Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kenapa manusia berubah dan mengapa mereka menjauhkan diri

Loading...

Tahun berubah, musim berubah, umur berubah, masa berubah begitu juga manusia. Kalau dulu korang rapat kini dah jarang berjumpa. Kalau dulu hari-hari korang bercakap di telefon dan bertukar-tukar mesej di facebook atau wassup, kini sepi. Kalau dulu setiap minggu korang luangkan masa bersama kini setahun sekali nak berjumpapun susah. Ini perkara yang selalu berlaku kepada teman-teman dan saudara mara.

Sedihkan bila ianya terjadi. Lebih-lebih lagi bila kita sebenarnya sayangkan orang itu dan sentiasa rindukan mereka. Lalu kita terfikir kenapa boleh jadi macam ni. Kenapa tiba-tiba mereka menjauh? Hasil dari pengalaman, kaji selidik dan penelitian saya di sini saya memberikan beberapa faktor yang MUNGKIN menjadi penyebab kenapa perkara ini boleh terjadi. 

#1 Kerana kecanggihan teknologi
Kalau dulu ziarah menziarah atau berjumpa menjadi amalan kita, kini kita gantikan dengan mesej di social media menggunakan telefon. Kita rasa sama tapi sebenarnya tak sama. Feeling dan soul tiada di situ. Kita gunakan kecanggihan teknologi sebagai penganti diri. Asal bertanya khabar dan dapat chit chat sudah cukup bagi kita semua. Sedikit sebanyak ini membuang rasa kasih sayang yang pernah ada. Kalau berjumpa kita dapat ketawa dan senyum bersama. Bercerita secara genuine bukan melalui alat telekomunikasi yang kadang-kadang kita salah erti maksudnya kerana tiada tona yang mengikut rentak emosi di situ. Kita sendiri tidak sedar, secara perlahan kita menjadi manusia yang semakin hari semakin kurang caring. 


Teknologi canggih juga membuatkan kita menghabiskan masa berjam-jam melayan telefon pintar atau komputer sehingga kita tidak lagi rasa sunyi dan tidak rasa perlu untuk berjumpa dengan teman-teman atau saudara mara. Cukuplah dengan bertanya khabar ala-kadar sahaja.

#2 Kita lawan ego
"Siapa nak call dulu? Asyik aku aje. Tunggu dia call pulak. " Tapi yang kita tak sedar mungkin diapun berfikir yang sama. Dia pun merindui dan menunggu kita call dulu. Aku tunggu kau, kau tunggu aku, akhirnya bertahun berlalu. Masa berlalu pantas, kadang-kadang kita tak sedar pun yang masa dah berlalu bertahun dalam sekelip mata je. Sedikit sebanyak ini memberi ruang kepada dia dan kepada kita juga untuk merasa terbiasa dengan keadaan yang ada. Ini membuatkan kita tidak penting lagi dalam kehidupan mereka. 


Kalau kita sayangkan seseorang cuba bertindak dahulu. Buangkan rasa ego. Telefon dan bertanya khabar. Kadang-kadang benda simple seperti ungkapan Hello boleh merubah banyak perkara.  

#3 Kita bawa pengaruh tidak baik bagi dia
Dia merasakan kita bukan pengaruh yang baik untuk dia. Dia nak berubah tapi kau masih di tahap sama. Contohnya dia nak berhenti merokok tapi kau masih merokok, dia nak berhenti clubbing tapi kau masih clubbing, dia nak berhenti hisap ganja dan kau masih hisap ganja, dia nak cuba sembahyang 5 waktu sehari tapi kau tidak sembahyang contohnya. Kau membawa aura negatif bagi dia, jadi dia rasa lebih baik dia jauhkan diri saja. 


#4 Perubahan Cara Hidup
Kesibukan hidup antaranya kerja dan keluarga kadang-kadang memberi sebab kenapa kita semakin jauh dari seseorang dan mengapa seseorang jauh dari kita. Masing-masing sibuk dengan urusan hidup masing-masing. Jika dulu kita bujang, tiada siapa yang perlu kita jaga. Kita bebas ke mana saja. Kini selepas pulang dari kerja kita harus pulang menjaga dan meluangkan masa bersama keluarga. Ini menyebabkan kita jadi jarang contact satu sama lain. 

Sebenarnya kalau kita masih care dan sayangkan teman kita, perkara ini mudah saja diubah. Cuba amalkan telefon dan berjumpa seminggu atau sebulan sekali. Tidak kiralah sekadar ke kedai kopi atau buat makan-makan di rumah. Rajinkan menziarah satu sama lain. Ini dapat memupukkan kembali kemesraan di samping menbantu menghilangkan stress hasil dari kesibukan harian. 


#4 Dia ada masalah
Teman kita itu mungkin ada masalah sendiri dan dia tidak mahu kita tahu kerana itu dia menjauhkan diri. Kadang-kala mereka yang bermasalah cuba beritahu kita tapi kita tidak perasan. Kadang-kala dia lebih selesa jika orang tidak tahu yang mereka mempunyai masalah. Tidak kiralah masalah perhubungan atau masalah kewangan. Kadang kala kita tak tahu bahawa mereka mungkin mempunyai masalah depresi kerana di depan kita dia tersenyum manis aje. Kita tak boleh baca hati orang dan kadang kala mereka ini memerlukan bantuan. Mereka harap kita perasan perubahan diri mereka. Cuba lihat kelakuan teman anda, adakah anda rasa dia tiba-tiba berubah. Dan jika ada, jika kita benar-benar sayangkan mereka, cuba rapatkan diri. Sentiasa bertanya khabar. Jangan terus bertanya jika mereka mempunyai masalah atau sebagainya. Cukup sekadar kita ada di sisinya sekali sekala. Mereka yang bermasalah kadang-kala hanya memerlukan sedikit perhatian untuk mengingatkan mereka bahawa ada orang yang masih pedulikan mereka. 


#5 Sombong
Iya kadang kala manusia berubah sebab merasakan hidup kita tidak setanding dengan mereka. Ini selalu terjadi kepada teman atau saudara mara yang dulunya hidup susah dan tiba-tiba menjadi kaya dan hidup senang.  Ya perubahan ini kita rasakan tak patut tapi mereka tidak berfikir begitu. Mereka sudah tidak mahu bercampur dengan orang bawahan. Orang macam ni kita kena biarkan mereka dengan dunia mereka sampai mereka sedar sendiri. Jangan sekali-kali mencuba untuk masuk ke dalam dunia mereka jika mereka tidak sudi. Jangan terhegeh-hegeh dalam bahasa kasarnya. Move on dan teruskan hidupmu dan terima aje kenyataan yang manusia berubah. 

#6 Kita yang berubah
Kadang kala sedar tak sedar, kita yang berubah tapi kita tidak perasan. Orang yang rapat dengan kita yang perasan perubahan kita. Perubahan yang kita rasakan positif dan  lebih mencerminkan diri kita. Kita rasa nak be yourself, orang suka atau tidak lantak kerana kita nak tunjuk dan mula merasakan kita cukup dewasa untuk menjadi diri kita yang sebenar. Malangnya ungkapan bijak ini iaitu  "It is better to be hated for what you are than to be loved for something you are not." , mempunyai akibat lain disebaliknya. 

Ungkapan itu memang betul tetapi mereka yang rapat dengan korang dulu, sukakan korang yang lama, bukan korang yang baru. Jadi korang kenalah terima kenyataan yang kawan lama atau mereka yang dulu sudah tidak sesuai untuk rapat dengan korang lagi. Move on dan cari aje teman baru yang boleh masuk dengan perangai sebenar korang sekarang. 

Terima kenyataan biarpun pedih. Kadang-kadang kita kena terima akibat dari perubahan diri kita sendiri. Apa-apapun kebahagiaan kita lebih penting. 

"Be Happy. Be Yourself. If others don't like it then let them be. Life isn't about pleasing everybody."

Kalau kehilangan teman-teman lama atau saudara mara lama yang rapat dengan kita boleh memberi kebahagiaan kepada kita then move on. Jangan dikenang peristiwa lalu lagi. Ingat kebahagiaan diri kita lebih penting dari berubah menjadi orang yang lebih disenangi. Up to you, beb. But kalau boleh berubah menjadi yang lebih baik bukan berubah menjadi yang sux sebab bila kau berubah menjadi sux kau takkan bahagia beb. Life isn't about pleasing everybody tapi berbaloi kalau yang dipleasekan itu orang yang kita sayangi, rasanya...


#7 Kita ada buat salah
Hah kadang-kadang kita tak perasan, kita yang buat salah. Kita tak sedar kata-kata kita atau perbuatan kita membuat orang berkecil hati. Ya kadang-kadang payah manusia ni, kita cakap secara berseloroh tapi mereka terasa. Setengah manusia dilahirkan dengan pakej emo terlebih. Kadang-kala kita yang bercakap main lepas sebab kita rasa dah kenal lama, kan? Cakap terlepas tak apa kot. Tapi kita tidak sedar ayat atau perbuatan mana yang membuat mereka makan hati. Kadangkala kata-kata yang kita ucapkan betul-betul terkena dengan batang hidung dan kehidupan yang mereka sedang alami, jadi mereka bawa diri. Kadang kala kita tak sedar yang paling manis tersenyum depan kita menyimpan duka yang terlalu dalam di lubuk hati mereka. Bila ucapan kita terkena pada mereka, mereka akan jauhkan diri walaupun kita tak sengaja. 

Kalau kita masih sayangkan mereka apa kata kalau call atau berjumpa aje dan selalu minta maaf. Minta maaf bukan pada hari raya aje. Kita tak tahu berapa masa kita ada, dan berapa masa lagi dia ada di dunia ini. Meminta maaf selalu patut je dijadikan amalan. Buangkan ego, dan ucapkan perkataan ini " Sorry, kalau aku ada lukakan hati kau" , Minta maaf kalau aku ada buat silap, cakaplah macamanapun...ubahlah ayat semacamana yang kau rasa selesa. Kita manusia, kita tak lari dari kesilapan. Yang silap tak nak mengaku silap itu yang silap besarnya. Tak apa merendah diri dan meminta maaf samada kita salah atau tidak. Percayalah amalan ini boleh membuat hati kita lebih tenang.

Amalan sering meminta maaf sangat sesuai kita ucapkan kepada suami, ayah, ibu dan orang-orang yang kita sayangi. Masa berlalu dengan pantas....time kita sangat limited. Kita tak tahu bila lagi kita berpeluang. Takkan nak tunggu hari raya setahun sekali baru nak minta maaf, kan?


#8 Orang itu jenis berpura-pura 
Kawan ada banyak jenis, ada kawan forever ada kawan ikut musim. Ada yang rapat dengan kau kerana ada sesuatu yang mereka perlukan semasa itu. Salah satu cara hendak melihat jenis kawan sebegini apabila kau jatuh susah. Kau tengoklah siapa yang ada di sebelah atau siapa yang tiba-tiba jauhkan diri. Kadang-kala hidup kau jatuh adalah satu rahmat. Allah bagi kau peluang untuk melihat sendiri orang disekeliling kau. Orang macam ni tak payah kau kenang-kenang lagi. Ingat siapa yang ada di sisi kau di masa kau susah dan senang. Bukan yang ada semasa kau senang dan berubah masa kau susah. Orang macam ni tak guna 1 sen pun. Ucapkan terima kasih kepada mereka kerana memberi pelajaran hidup yang begitu berharga dan move on.

Kawan atau sedara mara jenis no 5 dan nombor 8 aku tak nak fokuskan sangat. Syukurlah Allah tunjukkan kepada kita perangai mereka yang sebenar. Tak payah sedih kehilangan orang yang sebegini sebaliknya let go aje. Lepaskan mereka pergi. Kita tidak perlu orang yang tidak perlukan kita. Tetapi saya nak fokuskan kepada....orang yang tinggalkan kita kerana salah faham, kerana sebab-sebab kecil seperti ego, tersilap kata, kekurangan memberi perhatian tentang kehidupan mereka dan permasalahan mereka dan sebagainya. Point dia sekarang kita masih sayangkan mereka dan kita terputus hubungan hanya kerana sebab-sebab yang tak patut berlaku. Kalau kita tak sayang, kita takkan cari dan baca artikel ini, kan?

Kalau begitu keadaannya kita boleh mula balik secara perlahan-lahan. 

Mula-mula... 

rajin-rajin contact semula.
Selalu bertanya khabar
Selalu cari peluang untuk berjumpa
Memahami kehidupan, situasi dan permasalahan orang lain. 
Kehidupan masing-masing tak sama, cara berfikir antara kita tak sama. 
Sesuatu yang tak penting bagi kita mungkin penting bagi orang lain. 

Kadang-kadang kita terfikir kenapa kita, kenapa asyik kita aje yang kena faham orang lain, ambil hati orang lain, minta maaf dan sebagainya. Anggap saja kita buat semua itu untuk diri kita sendiri. Kita nak happy, kita tak nak fikir benda-benda remeh macam ni jadi kita settlekan. Kita berfikir sebab kita sayangkan orang itu, kalau kita tak sayang, kita tak akan terkenang. Mengalah aje lah. 

Kalau tak nak juga kita move on dan let go. Teruskan hidup dan anggap saja mereka sebagai sebahagian dari memori yang indah dalam hidup kita. 

"Life is too short. Grudges are a waste of perfect happiness. Laugh when you can. Apologize when you should and let go of what you can. Take chances. Give everything and have no regrets. Life is too short to be unhappy. You have to take the good with the bad. Smile when you’re sad. Love what you got and always remember what you had. Always forgive but never forget. Learn from your mistakes but never regret. People change and things go wrong, but always remember, life goes on."
Loading...
Back To Top