Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Anggota Polis Didakwa Melakukan Paksa Seks Oral, Rakam Hubungan Seks (1 Video)

Loading...



  Polis paksa seks oral, rakam hubungan seks  

Polis paksa seks oral, rakam hubungan seks

Harian Metro
Disember 2020

Dua anggota polis ditahan kerana didakwa melakukan seks oral, mencabul selain memaksa pasangan kekasih melakukan hubungan seks sambil merakamnya di Pengkalan Chepa Jumaat lalu. 

Konstabel dan Lans Koperal berusia 31 hingga 35 tahun dipercayai turut melakukan peras ugut sebanyak RM1,250 selain turut menumbuk seorang daripada mangsa. 

Ketua Polis Kelantan Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku pada 10.45 malam ketika kedua anggota polis sedang melakukan rondaan sebelum terserempak dengan pasangan kekasih berusia linkungan 20-an yang berada dalam sebuah kereta di tepi jalan. 

Shafien berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat pasangan berkenaan pada Ahad lalu iaitu dua hari selepas kejadian. Susulan itu, pihaknya menahan dua anggota berkenaan dan kini direman seminggu untuk siasatan lanjut.

Source: Harian Metro YouTube
Loading...
Back To Top