Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Polis Panggil Dato Seri Najib kerana Langgar SOP Di Restoran Nasi Ayam

Loading...
Polis panggil Najib langgar SOP di restoran

BERNAMA
20/3/2021

KUALA LUMPUR, 20 Mac -- Polis akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tular video yang memaparkan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata Najib didapati melanggar SOP di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan tidak menjalankan imbasan suhu dan tidak mendaftar MySejahtera di restoran itu.

“Siasatan dibuat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Bersyarat) (No 4) 2021.

"Pihak polis akan memanggil kesemua yang terlibat dalam kes ini untuk memberi keterangan dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal berkata kertas siasatan kemudian akan diserah kepada pejabat Pendakwa Raya sejurus siasatan selesai dijalankan.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit 39 saat memaparkan Najib bersama beberapa individu hadir di sebuah restoran untuk makan tanpa membuat imbasan suhu dan mendaftar MySejahtera yang diperlukan.

FOR MORE NEWS GO TO:
Video Viral Najib Makan Di Sebuah Restoran, dia akur untuk dikenakan kompaun kerana ingkar SOP
Loading...
Back To Top