Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Mahathir-Anwar berada dalam satu Kabinet

Pemuda AMANAH Nasional mahu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam satu Kabinet sekiranya Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih kerajaan di Putrajaya.

Timbalan Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, kedua-dua tokoh politik itu mempunyai kelebihan masing-masing dan saling melengkapi.

“Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar perlu berada dalam satu Kabinet. Saya secara peribadi
Loading...
tidak kisah siapa jadi PM (Perdana Menteri) atau adakah wujud menteri mentor.

“Saya lebih melihat kedua-dua sosok itu perlu berada dalam satu Kabinet kerana masing-masing mempunyai cara fikir yang berbeza,” katanya dalam slot Borak Anak Muda Siri ke-27 secara langsung di Facebook malam tadi.

Beliau berpendapat Mahathir dan Anwar masing-masing mempunyai kekuatan daripada segi EQ dan IQ yang dilihat dapat menyumbang dinamika dalam PH.

“Tun Dr Mahathir kekuatannya dari sudut EQ (kecerdasan emosi). Dia terbukti menjadi pemimpin negara yang mampu meyakinkan orang Melayu termasuk di luar bandar.

“Anwar kekuatannya dari sudut IQ (kecerdasan intelektual) yang banyak membaca dan memberi syarahan di universiti-universiti di luar negara,” ujarnya.

Shazni menyifatkan idea dan tenaga kedua-dua pemimpin itu akan berjaya meningkatkan kualiti PH yang tersangkut di tengah jalan.

“Kita tahu sebelum ini Anwar tidak berada dalam Kabinet. Saya fikir itulah kelompangan paling besar yang perlu dibetulkan oleh PH akan datang,” tambahnya lagi.
Loading...
Back To Top