Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak arah ke ibu negara Malam Semalam berpunca daripada pemeriksaan teliti Polis Selangor

 




Loading...
width="560">


HARIAN METRO

Kesesakan yang berlaku di Plaza Tol Gombak arah ke ibu negara, hari ini berpunca daripada pemeriksaan teliti yang dijalankan ke atas setiap kenderaan yang melalui sekatan jalan raya yang didirikan di plaza tol berkenaan. 

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata kesesakan mencecah empat kilometer itu tidak serius berbanding ketika perayaan sama pada tahun-tahun sebelum ini. 

Anggota di sekatan jalan raya melakukan pemeriksaan teliti ke atas setiap kenderaan yang melalui plaza tol itu bagi memastikan mereka mempunyai dokumen rentas negeri sehingga menyebabkan berlaku kesesakan. 

Sebanyak 22 kompaun dengan denda RM5,000 setiap satu dikenakan terhadap mereka yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan sejumlah kompaun atas kesalahan sama turut dikeluarkan pihaknya hari ini.
Loading...
Back To Top