Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Yang pelik Tak Ada Isu nak Masuk Semula PH, Tapi Pemuda PKR Tolak Idea Terima Semula Bersatu

Loading...

Tiada isu atau gosip berkenaan BERSATU akan kembali semula ke PH. Tapi isu ini dimainkan seolah-olah BERSATU akan kembali semula kepada PH. Ada banyak pendapat idea nak cetus perkara ini datangnya daripada Anwar sendiri setelah gagal usaha menjatuhkan Muhyiddin dengan undi tak percaya.

Sehingga har ini undi tak percaya masih belum dikemukan kepada sidang parlimen.Rakyat selalu dimainkan dengan isu-isu persepsi demi kelangsungan politik Anwar Ibrahim itu sendiri menurut pendapat pengalisis.



------------

PETALING JAYA: Pemuda PKR menolak idea untuk terima kembali PPBM ke dalam Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Pemuda PKR, Ahmad Syukri Ab Razab berkata, Majlis Presiden PH juga perlu membuat penilaian secara mendalam sebelum membuka semula pintu kepada PPBM dengan mengambil kira “pengkhianatan” yang berlaku sebelum ini.

“Jadi Pemuda PKR menolak idea kerjasama dengan PPBM. Ini pendirian peringkat Pemuda PKR.

Kita menolak dan kita pulangkan kepada majlis presiden untuk membuat timbang tara seadilnya.

“Kita bukan prejudis, tapi kita risau keadaan yang berlaku sebelum ini berulang. Keutamaan kita ketika ini ialah memperkuatkan PKR, Amanah dan DAP.

“Akar umbi sudah hilang kepercayaan (kerjasama dengan PPBM). Apa-apa juga syarat yang boleh diberikan kepada mereka sama juga seperti sebelum ini. Ada syaratnya. Ada janjinya tetapi tetap dikhianati,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa PH terbuka untuk menerima kembali PPBM dengan syarat tidak mengulangi kesilapan sebelum ini.
Ahmad Syukri Ab Razab
“Keputusan itu harus dibuat PPBM. Ada 2 PPBM sekarang, keputusan harus dibuat sebagai 1 parti. PH mengambil sikap terbuka, tapi harus patuh kepada agenda perubahan, termasuk reformasi yang dipelopori dalam PH.

“Ini termasuk menolak sistem korup dan kita tidak mahu mengulangi kesilapan-kesilapan yang lalu,” kata Anwar mengulas kenyataan Mukhriz Mahathir sebelum itu bahawa PPBM tiada pilihan kecuali kembali bersama PH.

Dalam perkembangan sama, Syukri berkata, Pemuda PKR menghormati pendirian Anwar dan berharap sifat terbuka itu dinilai semula dengan mengambil kira pandangan semua pihak, termasuk akar umbi dan aktivis semua peringkat.

“Kena ambil kira pandangan akar umbi ahli parti PKR, DAP dan Amanah. Bagaimana nak ambil hati itu terpulang kepada kebijaksanaan PH.

“Sebenarnya kita berharap pemimpin supaya tidak terlalu mudah membuat kenyataan menerima PPBM,” katanya.

Syukri berkata, pemimpin PPBM yang diterima semula ke dalam dalam PH, perlu dibuat dengan jelas dan perlu menentang pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Seperti Anwar kata, PPBM ada 2, jadi PPBM yang mana nak bersama PH, ini perlu diperjelas.
“Kalau betul pemimpin PPBM nak masuk kembali, sila nyatakan pendirian yang jelas, secara berani. Kalau perlu keluar PPBM dan masuk PH,” katanya selain memberitahu bahawa Pemuda bersetuju menerima pemimpin PPBM, tetapi bukan secara en-bloc, kerana parti itu sendiri secara rasmi membuat keputusan keluar PH dan menyertai PN.

Beliau berkata, mana-mana pihak dalam PH juga perlu bersetuju menerima Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

“Itu sudah pasti (perlu sokong Anwar sebagai perdana menteri),” katanya.

Katanya, Pemuda PKR akan terus memberi penerangan kepada akar umbi bagi memastikan mereka mendapat maklumat jelas berhubung kedudukan terkini gabungan itu.

“Banyak respons kita terima di bawah apabila ada idea menerima kembali PPBM. Mereka cukup marah dan khuatir. Mereka juga memahami jiwa besar pemimpin PH, tapi kita tidak boleh serah tengkuk kita banyak kali,” katanya.


MR :  Mcam berita pun PH nak kencing


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top