Loading...
Sehingga hari ini tiada isu besar berkenaan dengan kerajaan PN. Ramai rakyat sudah mulai menyukai cara PN menganggani isu negara terutama dalam isu Covid-19. Sidang parlimen 18 Mei ini pun dijangka tidak akan menguggat Muhyiddin atau PN itu sendiri.
Hanya satu sahaja yang nampak ada sedikit perbezaan pendapat iaitu antara UMNO-BERSATU.
Jadi Malaysiakini seperti biasa menjadi rakan PH memainkan peranan untuk mengeruhkan lagi suasana ini., Mengadakan yang tiada, membesarkan yang kecil, Melangga perkara yang sudah hampir serasi.
------
Mengulas lanjut, kata Asyraf, Armada sepatutnya bermuhasabah dan menginsafi punca sebenar keruntuhan PH setelah hanya 21 bulan berkuasa.
Katanya, keruntuhan itu berkait rapat dengan kerakusan kepemimpinan tertinggi mereka yang berebut kerusi perdana menteri.
Katanya, perebutan itu menyebabkan Mahathir membuat keputusan mengejut meletakkan jawatan lalu.
“Mujurlah Umno dan PAS bersama komponen BN berjiwa besar, meletakkan kepentingan parti masing-masing ke tepi untuk bersetuju menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri,” katanya.
Keputusan oleh BN dan PAS itu, tambah Asyraf Wajdi, adalah bagi menyelamatkan negara daripada terus tergantung tanpa kerajaan selama hampir seminggu.
Sementara itu, Pemuda Amanah Nasional menyambut baik pendirian Armada untuk kembali bekerjasama dalam gabungan PH.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan malam ini juga Pemuda Amanah menyelar Asyraf Wajdi dengan mengingatkan ketua Pemuda Umno itu bahawa kerajaan PN menjadi kerajaan tanpa melalui peti undi.
“Bagaimana kerajaan tanpa mandat rakyat boleh berpesan agar orang lain bertindak memenuhi mandat rakyat?
"Pesanan itu tidaklah salah, cuma sekali baca dan dengar kelihatan kelakar sekali gus menghiburkan,” kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah Nasional, Shazni Munir Mohd Ithnin.
Tambahnya, pendirian Armada itu selari dengan pandangan yang disuarakan Presiden PKR Anwar Ibrahim sebelum ini.
Namun, kata Shazni Munir, jika ia menjadi kenyataan, Pemuda Amanah mencadangkan perlu ditetapkan terma bagi mengukuhkan kerjasama berkenaan serta mencapai kesepakatan yang lebih utuh dan mantap.
Senada dengan Shazni, Pemuda PH Johor turut mengalu-alukan keputusan Armada dan menasihatkan Asyraf untuk “mencermin diri sendiri”.
Dalam satu kenyataan bersama oleh Ketua Pemuda Amanah Johor, Taqiuddin Che Man; Ketua Pemuda PKR Johor, R Yuneswaran; dan Ketua Pemuda DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali, PN lah yang disifatkan sebagai kerajaan yang bukan menjadi pilihan rakyat.
“Langkah bekerjasama dalam kerajaan PNlah yang hakikatnya telah mengkhianati mandat rakyat.
“Kudos! Salut dari Pemuda PH Johor buat rakan-rakan Armada Pusat,” kata mereka lagi.
MR : Malaysiakini kini banyak menyiarkan artikel nak lagakan UMNO-BERSATU
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...