Loading...
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengemas kini perangkaan semasa COVID-19 selepas mendapat input keputusan ujian yang tertunggak dari pihak swasta.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, menjelaskan keputusan semua ujian yang tertunggak itu adalah negatif tetapi tidak dimaklumkan kepada KKM.
Katanya, kementerian akan mendapatkan keputusan ujian berkaitan daripada beberapa institusi kemudahan kesihatan swasta, sama ada akhir minggu atau minggu depan.
"Data sedang dikemas kini, setakat ini jumlah kes positif kita memang tepat, tetapi negatif tidak dilaporkan, justeru kita akan ambil tindakan.
"Mengikut perangkaan semasa, kita sudah laksanakan 227,436 ujian saringan, tetapi ia akan berubah selepas data daripada pihak swasta diperoleh, membabitkan keputusan ujian yang negatif.
"Oleh itu, besar kemungkinan kes yang sudah diuji akan berlaku peningkatan dan ia akan dikemaskini seawal-awalnya Jumaat ini," katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini, hari ni.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...