Ini kerana, menurut Presiden Presiden Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq), Prof. Madya Dr. Rafidah Hanim Mokhtar, adalah tidak munasabah untuk kerajaan membekukan pemberian biasiswa tetapi dalam masa yang sama memberi bantuan kepada institut pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kenapa faktor ketidakstabilan ekonomi dan kewangan negara dijadikan hujah (Timbalan Menteri Pendidikan) Teo Nie Ching untuk menghentikan MyBrain demi kelangsungan dan pembelajaran dan penyelidikan di IPTA (institut pengajian tinggi awam) tetapi peruntukan yang tidak dimasukkan dalam pembentangan bajet 2019 boleh diberikan kepada kolej swasta?