Loading...
Seorang pemilik restoran dan tiga warga asing antara lapan orang yang ditahan polis di Petaling Jaya, malam tadi kerana didapati melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).
Dalam operasi yang merangkumi sekatan jalan raya dan rondaan penguatkuasaan di Taman Medan, pegawai yang bertanggungjawab bagi memantau pematuhan PKP juga menerima pelbagai alasan yang tidak masuk akal oleh sesetengah orang ramai ketika disoal pihak berkuasa itu.
"Salah satu alasan yang kami terima adalah dari seorang pemandu lelaki yang berhenti di sekatan jalan raya kami di PJS 2.
"Dia berkata dia keluar kerana mahu mengambil teman wanitanya," kata pegawai Affendy Mohamad Nor dari ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya.
Affendy, yang merupakan pegawai perisikan bertanggungjawab dalam operasi tersebut berkata mereka juga menemui pemandu yang mendakwa bahawa dia bekerja di sektor IT tetapi tidak dapat mengemukakan apa-apa pengesahan mahu pun surat dari majikannya.
Dua warga Myanmar dan seorang warga China juga ditahan selepas mereka gagal memberi alasan yang munasabah untuk berada di jalan raya atau tempat awam.
Sementara itu, pihak polis turut menahan seorang pemilik restoran di Taman Medan, berusia lingkungan 60-an kerana kedai makannya masih beroperasi selepas 12 tengah malam.
Turut ditahan tukang masak dan pembantu restoran, yang merupakan lelaki tempatan berusia 40-an dan 30-an.
Menurut Affendy, kesemuanya dibawa ke ibu pejabat polis daerah untuk siasatan lanjut.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...