Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Penanam sayur bebas COVID, sayurnya disambar koronavirus

Loading...

TIDAK banyak didengar penanam sayur di Camaron Highlands diserang wabak COVID-19 mungkin kehidupan mereka terpisah jauh dari sosial orang-orang yang sibuk di tengah masyarakat.

Tetapi setelah Perintah Kawalan Peergerakan (PKP) dikuatkan kuasakan sebulan dari 18 Mac hingga 14 April, maka kehidupan para penanam sayur Camaron Highlands amat terjejas bak orang-orang yang diserang wabak COVID-19.

Penanam sayur itu tiada yang mati kerana mereka tidak dihinggapi virus COVID-19, kehidupam mereka boleh mati kerana hasil tanaman mereka tidak boleh diangkut ke pasaran. Semua orang diperintah duduk di rumah, tidak boleh keluar memasarkan sayuran.

Bisnes mereka besar berjuta-juta, bahkan berbilon setahun. Pasar borong tutup, lori tidak boleh membawa keluar sayuran dan sayuran itu tidaklah boleh tahan lama. Ia mesti habis dipasar dalam dua tiga hari. Jika tidak pembeli nescaya busuk semuanya. Yang dipokok pula mesti dituai mengikut jadual. Jika tidak dituai ia tidak segar lagi.

Sayur yang tidak dijual itu hendak buat apa? Boleh disedekahkan tetapi ia mesti ada sistem mengagihkan kalau hendak diberi percuma. Jika tiada sistem ia akan busuk juga.

Bagi mengelak ia terbuang patut kerajaan memikirkan, menggunaan lori tentera, mengedaran sayur-sayur itu kepada orang ramai. Dalam keadaan orang tidak boleh keluar rumah, lori-lori tentera boleh memberi sayur percuma kepada orang ramai.

Penanam dan peniaga sayur mungkin tidak dapat apa-apa dalam masa sebulan berkurung, tetapi mereka selamanya ada orang yang ada pekerjaan dan sepatutnya mereka simpan wang dari hasil sayuran.

Pada masa susah ini kita dapat bercakap tentang pengasilan bunga. Orang tidak hidup dengan bunga, tetapi sayur boleh disedekahkan dan peniaga dan penanam sayur susahlah sedikit dalam masa sebulan ini.

Akan tetapi penanam sayur itu ada pelangan di seluruh negara. Mereka ada pelanggan di Singapura dan lain bandar-bandar besar. Mereka cuma tidak boleh pasarkan tanaman masing-masing masa wabak COVID-19 melanda dan masa perintah berkurung.

Tempoh tidak boleh berniaga sekitar sebulan saja. Lepas sebulan mereka boleh tanam semua sayur dan mereka boleh pulihkan semua pasaran dan pelanggan mereka.

Mereka mungkin tidak masuk duit dalam masa sebulan setengah. Tetapi mereka ada pelanggan tetap. Apakah dalam masa sebulan ini mereka tidak ada wang simpanan langsung?

Abdul Rahman bin Auf tidak dibenarkan membawa kekayaannya semasa meninggakan Mekah berhijah ke Madinah. Beliau tinggalkan semua harta di Mekah. Di Madinah poketnya kosong. Beliau minta kaum Ansar menunjukan pasar di Madinah. Tanpa modal sesen, dalam waktu yang singkat beliau jadi saudagar besar.

Peniaga dan penanam sayur sudah ada pelanggan di meraa-rata di seluruh negara. Percayalah bila COVID-19 pupus dan perintah berkurung di tarik balik, saudagar-saudagar sayur Camaron Highlands nescaya akan menjadi saudagar semula dan mereka akan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Jangan kata, Cina penanam sayur itu akan terus hilang mata pencarian setelah COVID-19 lupus dan tiada berkurung lagi di rumah.

Penanam sayur itu rugi besar selama sebulan ini. Tetapi kerajaan sudah pun melancar pelan prihatin bagi membantu sekalian yang terjejas. Apakah mereka tidak beroleh apa-apa imbuhan kerana hilang pendapatan? Jika kerajaan tidak beri imbuhan pun, mereka sebagai peniaga, mereka tidak mati mata pencarian.

Abdul Rahman Auf menolak manusia saudara Ansarnya. Tanpa modal sesen, beliau jadi saudagar berjaya semula.

SUBKY LATIF

MR :  Tiada Sikap kemanuasian, jiwa rosak dengan 'virus' tamak 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top