Loading...
KUANTAN : Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menyalurkan Elaun Diraja baginda selama enam bulan kepada Tabung COVID-19 Pahang.
Pengelola Bijaya Diraja KDYMM Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Ab Rahman berkata, untuk tujuan itu, baginda tidak akan mengambil bayaran elaun itu bagi tempoh enam bulan bermula bulan ini sehingga September nanti.
"Baginda berharap agar bantuan-bantuan yang dicadangkan dan diluluskan menggunakan Tabung COVID-19 Pahang dapat disalurkan kepada golongan yang memerlukan dengan segera.
"Selain itu, baginda turut bertitah supaya seluruh rakyat Pahang sentiasa menjaga kebersihan diri dan keluarga serta mematuhi arahan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.
Beliau berkata, Pemangku Raja juga mendoakan pesakit COVID-19 di seluruh Malaysia amnya termasuk di Pahang khasnya diberi kesembuhan yang segera oleh Allah SWT.
"Selain itu, baginda juga berharap kesemua petugas barisan hadapan sentiasa diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik untuk menjalankan amanah serta tanggungjawab yang diberikan," katanya.
MR : Anak yang baik datang drp ibubapa yang baik
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...