Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Tamak beli roti akhirnya buang ke tong sampah

Loading...

PETALING JAYA, 1 Apr — Tidak dinafikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu menyaksikan permintaan tinggi terhadap produk roti.

Rata-rata orang ramai berpusu ke pasar raya mendapatkan produk berkenaan sehingga memaksa syarikat pengeluar roti meningkatkan pengeluaran bagi memenuhi permintaan yang kian bertambah.

Bagaimanapun, apa yang menyedihkan tindakan segelintir individu membeli roti dengan kuantiti banyak akhirnya menyebabkan berlaku pembaziran.

Seorang pengguna Twitter bernama Zambri Mohd Isa antara menjadi saksi betapa roti yang mendapat permintaan tinggi itu ditemui dibuang oleh pihak tertentu kerana mencapai tempoh tarikh luput.

“Sikap tamak akhirnya membazir dan menyebabkan orang lain tidak dapat merasa,” tulis Zambri dengan mengepil foto dua bungkus roti dalam sebuah tong sampah awam.

Foto dimuat naik Zambri lantas mendapat maklum balas ramai yang kecewa dengan sikap individu melakukan pembelian panik sehingga mewujudkan pula pembaziran.

“Roti itu luput tiga atau emapt hari je. Pergi beli banyak-banyak konon nak buat stok kat rumah.

“Gunalah akal. Roti itu untuk makan bukan roti pakai buang,” kata Halaherin.

Sementara itu, terdapat juga warga maya mencadangkanroti yang telah melepasi tarikh luput dimanfaatkan kepada alam sekitar.

“Buat baja bungalah roti yang sudah luput tarikh itu jangan membazir. Jika kita tak kongsi dekat manusia kita boleh (juga) kongsi dengan tumbuhan,” tegas Syirahrara Rose.


MR :  Ada manusia penting perut dan nafsu


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top