Loading...
Pakar ekonomi memuji Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang anatara lain memberi subsidi isi rumah dan menangani isu pekerja yang terjejas oleh pandemik Covid-19.
Mereka secara khusus memuji peruntukan RM10 bilion bagi membantu keluarga B40 dan M40.
Pakar juga menyentuh program subsidi upah yang memperuntukkan RM5.9 bilion.
Profesor ekonomi Universiti Monash Malaysia, Poon Wai Ching berkata kedua-dua langkah ini dapat meningkatkan penggunaan domestik dan mewujudkan kesan pengganda untuk ekonomi.
"Ia adalah idea yang sangat baik untuk memastikan suntikan ke dalam aliran pekeliling ekonomi.
"Subsidi-subsidi ini yang diberikan kerajaan secara langsung kepada pengguna dan syarikat akan menggalakkan penggunaan dan pengeluaran.
"Subsidi ini akan menjadi suntikan perbelanjaan baru ke pasaran dan kerana kesan pengganda, ia akan membawa kepada peningkatan yang lebih besar dalam KDNK," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi.
Kata Poon, pemberian one-off RM500 kepada pemandu e-hailing dan penjawat awam juga akan memberi kesan pengganda.
Ahli ekonomi, Laurence Todd, berpendapat bahawa kedua-dua langkah itu adalah "langkah ke arah yang betul" untuk melindungi golongan yang mudah terjejas.
"Sudah jelas mereka (kerajaan) telah mendengar kebimbangan yang disuarakan sejak beberapa hari lalu dan memutuskan untuk meningkatkan perbelanjaan kerajaan dengan perlindungan sosial," katanya.
Berkesan jika dilaksanakan dengan baik
Profesor ekonomi Universiti Malaya Rajah Rasiah berkata beliau kagum dengan pakej itu tetapi memberi amaran bahawa pelaksanaan berhemat adalah penting.
"Ini adalah satu langkah besar - dari pendekatan kewangan yang berhemat, kepada suntikan penyelesaian krisis yang menangani masalah pekerja yang lebih luas.
"Banyak tadbir urus perlu memainkan peranan penting untuk menghadkan ketirisan," katanya.
Pandangan yang sama turut ditekan oleh bekas Menteri Kewangan II Johari Abdul Ghani.
"Rangsangan ini, jika dilaksanakan dengan baik, dapat membantu mempertahankan ekonomi, pekerjaan dan melindungi keselamatan rakyat daripada krisis semasa," katanya kepada Malaysiakini.
Sebagai sebahagian daripada program Bantuan Prihatin Nasional yang dijangka melibatkan empat juta isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan mendapat bayaran one-off RM1,600.
Manakala, 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan antara RM4,001 hingga RM8,000 akan menerima RM1,000.
Tiga juta orang bujang yang berpendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan akan menerima RM800 manakala 400,000 bujang yang berpendapatan antara RM2,001 hingga RM4,000 akan menerima RM500.
Semua bantuan akan diedarkan dalam dua peringkat - sekali pada bulan April dan sekali lagi pada bulan Mei.
Di bawah program subsidi upah pula, pekerja yang berpendapatan di bawah RM4,000 akan menerima RM600 sebulan selama tiga bulan.
Ia hanya terpakai kepada kakitangan yang majikannya telah mengalami kehilangan pendapatan lebih daripada 50 peratus sejak 1 Jan, 2020.
Majikan pula mesti memastikan mereka tidak membuang pekerja atau mengarahkan mereka mengambil cuti tanpa gaji bagi tempoh tiga bulan selepas program ini dilaksanakan.
Muhyiddin berkata bahawa keseluruhan pakej rangsangan itu akan menelan belanja sebanyak RM250 bilion.
Johari menganggarkan bahawa kerajaan perlu mengeluarkan 8.8 peratus atau RM22 bilion.
"Dari segi bantuan tunai langsung dari kerajaan, ia akan berjumlah kira-kira RM22 bilion yang meliputi pembayaran one-off kepada rakyat untuk Bantuan Prihatin Nasional (RM12 bilion), subsidi gaji (RM6 bilion), bantuan awam (RM1.7 bilion) dan langkah penjagaan kesihatan (RM2 bilion)," katanya.
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...