Loading...
Pakej rangsangan hanya berkesan bantu rakyat 2 bulan, kata PH
PETALING JAYA: Pakatan Harapan mengalu-alukan pakej rangsangan ekonomi bernilai RM250 bilion untuk menangani impak Covid-19, tetapi inisiatif yang diumumkan pada Jumaat hanya dapat membantu rakyat bertahan selama 2 bulan.
Ia termasuk bantuan tunai “one-off” untuk keluarga pendapatan rendah, orang bujang serta pelajar institusi pengajian tinggi.
“Pakej ini dilihat dapat bertahan dalam tempoh 2 bulan. Namun begitu, ia tidak memberi banyak impak melangkaui tempoh 2 bulan bagi ‘Mak Cik Kiah’ dan seluruh pekerja dan peniaga di Malaysia,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.
Terdahulu, Muhyiddin Yassin pada petang Jumaat mengumumkan pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat untuk menangani impak pandemik Covid-19 yang jumlahnya lebih 10 kali ganda daripada RM20 bilion yang diumumkan bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad pada bulan lalu.
Ia terdiri daripada RM128 bilion untuk kebajikan rakyat, RM100 bilion bagi menyokong perniagaan dan RM2 bilion untuk memperkukuhkan ekonomi negara, selain RM20 bilion yang diumumkan dalam pakej terdahulu.
PH berkata, lebih banyak langkah perlu diambil bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang menanggung kesan ekonomi daripada pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).
Ia mencadangkan subsidi gaji pekerja dinaikkan kepada RM1,200 kerana RM600 tidak cukup untuk menangani kesan daripada krisis Covid-19.
PH turut menyeru sidang Parlimen diteruskan pada 18 Mei ini atau mempercepatkannya selepas PKP berakhir 14 Apr untuk kerajaan dan pembangkang membentuk pelan tindakan
secara dwipartisan, termasuk merangka belanjawan baru dengan mengabil kira semua senario dan faktor.
“Ia merupakan satu kelaziman di negara demokratik untuk membahaskan pakej rangsangan ekonomi kerajaan di Parlimen untuk memastikan pelaksanaan dijalankan
dengan baik serta terdapat pemantauan.”
Katanya, walaupun pakej rangsangan terbaru itu bernilai RM250 bilion, kerajaan sebenarnya hanya mengeluarkan perbelanjaan RM25 bilion dengan selebihnya dibiayai melalui pinjaman tambahan kerajaan.
“Sekitar RM205 bilion daripada RM250 bilion yang diumumkan sebenarnya merupakan penangguhan atau jaminan pinjaman.
“Terdapat anggapan dalam pandangan perdana menteri bahawa peniaga masih berminat untuk meminjam.
“Tetapi, ia hanya akan berlaku jika negara kembali berurusan seperti biasa setelah PKP ditamatkan dan perniagaan masih beroperasi seiring permintaan ekonomi untuk barangan dan perkhidmatan.”
PH berharap Putrajaya akan mempertimbangkan suntikan fiskal lebih besar dalam beberapa minggu akan datang atau ekonomi negara mungkin bertambah buruk dengan lebih ramai orang akan hilang pekerjaan.
Ia turut menggesa kerajaan melancarkan penyelarasan “waktu perang” untuk proses perolehan, pengeluaran dan pembekalan, antaranya bagi makanan serta peralatan perubatan.
MR : PH ni biar mampus terus... baharu negara aman
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Loading...