Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

'Makcik Kiah' akan terus dapat bantuan selepas Mei, kata menteri kewangan

Loading...

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata bantuan kewangan kepada kumpulan B40 seperti "Makcik Kiah" tidak akan berakhir pada Mei kerana kerajaan akan terus membantu dalam bentuk bantuan isi rumah pada bulan berikutnya,

Di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, isi rumah berpendapatan kurang daripada RM4,000 sebulan akan menerima RM1,600, di mana RM1,000 akan dibayar pada bulan April dan baki pada bulan Mei.

"Bagi seseorang seperti Makcik Kiah akan mendapat bayaran pada bulan April dan Mei.

"Dan kemudian kita ada Bantuan Isi Rumah untuk diberikan kepada seseorang seperti Makcik Kiah pada bulan Jun," katanya dalam temu bual dengan Astro Awani malam ini.

Bagaimanapun, Tengku Zafrul tidak mendedahkan jumlah bantuan yang akan diberikan kerajaan semasa wawancara itu.

Menepis kritikan bahawa kumpulan B40 sebenarnya hanya memperoleh kira-kira RM840 daripada insentif dan bantuan diberikan, Tengku Zafrul berkata pakej rangsangan berkenaan adalah untuk membantu keadaan mereka serta merta.



"Aliran tunai isi rumah sangat penting. Tidak banyak bagi mereka untuk menghasilkan wang, tetapi untuk terus hidup," katanya.

Sementara itu, beliau juga percaya bahawa pakej rangsangan itu juga dapat membantu kumpulan M40.

"Definisi M40 bagi kami ialah mereka yang mendapat antara RM4,000 dan RM8,000.

"Kami membantu mereka menerusi Bantuan Prihatin Nasional menerusi bayaran tunai sebanyak RM1,000.

"Kami benarkan mereka mengeluarkan wang dari akaun 2 (KWSP), kami juga benarkan mereka mengeluarkan wang sehingga RM1500 dari dana Skim .Persaraan Swasta tanpa sebarang penalti cukai.

"Bank akan menampung dalam membenarkan penangguhan pokok dan kadar faedah, jadi semua ini disasarkan kepada M40," katanya.

Pakej rangsangan berjumlah RM250 bilion itu adalah bagi membantu rakyat Malaysia menghadapi pandemik Covid-19 dan mereka yang terkesan selepas perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top