Berita Malaysia dan negara Tetangga

Loading...

Bukan potong bajet tapi agihan semula dana kerajaan

Loading...

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata suntikan fiskal langsung sebanyak RM25 bilion dalam pakej rangsangan ekonomi diumumkan perdana menteri adalah dari pengagihan semula dana kerajaan.

"Akan ada sedikit pengagihan semula dana dalam kerajaan, mungkin kira-kira RM2 bilion hingga RM3 bilion.

"Manakala selebihnya akan dibiayai menerusi gabungan apa yang kita sudah ada melalui ekosistem kerajaan, dan selebihnya sebahagiannya akan dilakukan melalui pinjaman," kata Tengku Zafrul dalam temu bual dengan Astro Awani malam ini.

Beliau berkata kerajaan mempunyai pelbagai agensi dan anak-anak syarikat yang dapat menyalurkan wang sama ada melalui dividen atau pinjaman.

Beliau menjelaskan bahawa tidak akan ada pemotongan belanjawan, sebaliknya menegaskan bahawa ia adalah pengagihan semula dana.

"Jika kamu melihat perbelanjaan semasa di luar sana, ia perlu dipotong, acara, perjalanan, penangguhan tahun Melawat Malaysia, ini adalah perkara-perkara yang tidak akan berlaku.

"Kita perlu menyusun semula bajet kementerian. Tetapi apa yang penting ialah perbelanjaan perlu terus .. [..] .. untuk merangsang ekonomi," katanya.

Tengku Zafrul juga menjelaskan bahawa defisit perbelanjaan akan meningkat.

"Jika anda masih ingat dalam bajet 2020, defisit diunjurkan sekitar 3.2 peratus, dan hari ini berdasarkan pakej rangsangan Prihatin, defisit bajet dijangka akan menjadi kira-kira 4 peratus," katanya.

Terdahulu, Presiden PKR, Anwar Ibrahim mencadangkan agar pakej rangsangan yang dimumkan perdana menteri, Muhyiddin Yassin dibahaskan di parlimen.

"Di negara demokratik, Korea, Jepun, Australia dia serahkan juga belanjawan ini untuk dibahas dan diawasi di Parlimen supaya ada kebertanggungjawaban.

"Sekarang ini bila tambah RM25 bilion, dari mana sumber? Bagaimana boleh bayar hutang, bagaimana boleh diperinci pelaksanaanya.

"Saya syor perdana menteri beri pertimbangan serius, beri ruang kepada semua pihak untuk bahas dan beri sokongan dengan maksud memperbaiki," katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram FacebookEmel kepada MRTwitterRSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Loading...
Back To Top